Lagu Negaraku Bukan Untuk Dipolitikkan!

Share This:

Hari ini, cabaran dalam arus politik semasa negara, bukan calang-calang mahu ditangani. Di kalangan pembangkang termasuk mereka yang terlalu taksub dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir, segala perkara akan mereka politikkan tanpa mengira waktu. Malah, lagu kebangsaan, Negaraku juga turut dipolitikkan oleh petaksub Mahathir, Datuk A Kadir Jasin.

Menerusi satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini hari ini, Kadir Jasin di lihat cuba mengaitkan pelbagai isu semasa mainan pembangkang dengan setiap bait lirik lagu Negaraku. Agak menghairankan, kenapa sejauh ini pemikiran Kadir Jasin yang satu ketika dahulu pernah dijulang sebagai tokoh wartawan di Malaysia? Adakah Lagu Negaraku ini boleh diperkotak katikkan sesuka hati mengikut kemahuan politik?

Dalam artikel berkenaan Kadir Jasin mempersoalkan bait “Negaraku, tanah tumpahnya darahku” itu dengan satu persoalan, adakah negara ini masih menjadi milik kita kerana dakwanya, banyak harta negara telah dijual dan digadai bagi menimbus segala hutang skandal 1MDB, SRC dan berbagai-bagai kecurian lagi. Persoalannya, adakah Kadir Jasin mempunyai bukti dakwaannya ini?

Jika mengikut fahaman Kadir Jasin, semua pelaburan yang dilakukan oleh pihak asing adalah salah satu cara penjualan aset negara. Jika itu fahaman Kadir Jasin, bagaimana pula pemilikan aset oleh negara terhadap beberapa buah negara luar seperti Australia, Britain dan beberapa buah negara lagi? Adakah itu dikira sebagai penjualan aset oleh negara berkenaan terhadap Malaysia?

Memang sukar untuk memahamkan pemikiran orang yang sudah hitam pemikirannya. 1MDB telah melangsaikan hutangnya menerusi beberapa penjualan aset milik mereka. Namun begitu, penjualan berkenaan masih tertakluk kepada beberapa syarat antaranya, pemilikan saham dalam aset berkenana masih milik negara. Bagaimana mahu mengatakan menjual tanah milik negara kepada pihak asing sedangkan tanah berkenaan masih berada di dalam negara?

Seterusnya, Kadir Jasin mempersoalna bait lirik “rakyat hidup bersatu dan maju”. Dia mendakwa, keadaan rakyat hari ini berada dalam keadaan berpecah kerana terlalu banyak musibah, penipuan, pembohongan dan propaganda murahan. Malah, dia mendakwa, rakyat negara ini tidak lagi mengecapi kemajuan seperti dahulu kerana ketidakcekapan, pemborosan dan hutang yang tinggi.

Mungkin Kadir Jasin baru keluar dari gua barangkali. Kemajuan sesebuah negara bukan terletak kepada bangunan pencakar langit seperti KLCC. Ianya merangkumi pelbagai aspek seperti kemajuan dan perkembangan ekonomi, pelaburan asing, KDNKK, pembangunan infrastruktur pengangkutan dan banyak lagi.

Mungkin Kadir Jasin masih merasakan kegayatannya sewaktu mengunjungi tingkat 88 KLCC. Oleh yang demikian, dia menganggap, tiada bangunan tinggi pencakar langit hasil daripada idea ulung Mahathir sebagai penanda aras kemajuan negara. Apalah guna bangunan tinggi seumpama itu jika rakyat hanya mampu memandang tanpa mampu terlibat sama dalam bangunan berkenaan?

Bait terakhir yang dipertikaikan oleh Kadir Jasin adalah bait “rahmat bahagia, Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertahta”. Memang benar, Tuhan tidak pernah mengabaikan kita. Namun apabila Kadir Jasin berani mendakwa ada Raja yang menuduh pingat kebesaran negeri dan negara sedang dijual-beli dengan harga berjuta, siapa yang dimaksudkan oleh Kadir Jasin?

Bukankah ini satu dakwaan yang dilihat cukup liar dan berniat jahat? Sehingga hari ini, hanya Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sahaja pernah mendedahkan ada pihak cuba merasuah baginda untuk sebanyak RM 2 juta untuk mendapatkan pingat Tan Sri. Itupun, perasuah berkenaan sudah ditangkap oleh SPRM dan nama baik baginda kekal bersih dari sebarang unsur rasuah.

Agak menghairankan, adakah kenyataan Kadir Jasin ini bermaksud paduka-paduka Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu kini tidak terlepas dari unsur rasuah dan jual beli pingat? Jika ini dimaksudkan Kadir Jasin, sesungguhnya, dia sudah berada di sempadan yang tidak sepatutnya dia berada. Kadir Jasin harus ingat, lagu Negaraku ini bukan lagu untuk dipolitikkan semahu hatinya sahaja!

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*