Konsert Salman Khan Di Malaysia Dibatalkan

Share This:

Konsert pelakon Hindustan terkenal, Salman Khan melalui Da-Bangg The Tour di negara ini yang dijadualkan 14 April ini dibatalkan.

 
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Salman dalam media sosialnya.
 
“Hello Malaysia, the organisers have requested me to reschedule Da Bangg show in Malaysia. We will share the new Malaysia date soon,” katanya.
 
Bagaimanapun Salman berkata, konsert yang sama di Hong Kong, Auckland, Sydney dan Melbaourne tetap diteruskan seperti biasa.
 
Menurut satu portal, penganjurnya, Asia Red Tix juga mengeluarkan notis memaklumkan konsert tersebut yang dijadual akan diadakan di MINES Exhibition Centre akan dijadualkan semula kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
 
Tarikh baru untuk konsert ini berkemungkinan akan diadakan pada Julai 2017 dan pihak pengurusan akan memaklumkan secepat mungkin tarikh sebenar selepas pengesahan dengan artis berkenaan.
 
Konsert Da-Bangg The Tour itu turut membabitkan 100 orang terdiri daripada penari dan pemuzik dari India dan Malaysia termasuk koreografer India terkenal Prabhu Deva, Tamanaah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Konsert Salman Khan Di Malaysia Dibatalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*