Budak 12 Tahun Mati Lemas Di Kolam Renang Hotel

Share This:

Kerana mengikut kehendak anak, seorang bapa kehilangan anaknya berusia 12 tahun selepas lemas ketika mandi di dalam kolam renang di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah.

Menurut bapa mangsa, Mohd Fazlan Mohd Hashim, 37, anaknya Nor Alyaa Zafirah mandi di kolam berkenaan selepas selesai mengikuti program Celik Minda anjuran Sekolah Kebangsaan Khir Johari yang disertai 60 murid.
 
Memetik Bernama, salah seorang guru sekolah berkenaan berkata murid dibenarkan mandi di kolam renang selepas program selesai.
 
Bagaimanapun tak semua murid turun ke kolam kerana kebanyakannya dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.
 
“Kesemua mereka diawasi dengan rapi oleh kami malah kami sudah pun membunyikan wisel untuk memanggil semua murid naik.
 
“Bagaimanapun Encik Fazlan (bapa mangsa) mahu anaknya diberikan tempoh masa untuk berada di kolam renang dan berkata akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.
 
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.48 malam dan mendapati mangsa telah diangkat dari kolam oleh orang awam.
 
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 8.06 malam,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*