Belum Hilang Letih Bersalin, Janet Jackson Dicerai Suami Pula

Share This:

Janet Jackson dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, Wissam Al Mana.

 
Berita perpisahan tersebut mengejutkan ramai kerana bintang pop Amerika Syarikat itu baru sahaja melahirkan anak pada 3 Januari lepas.
 
Walau bagaimanapun, Janet dan bekas suaminya yang juga jutawan dari Qatar berjanji akan tetap menjadi ibu bapa yang baik kepada anak lelakinya yang dinamakan sebagai Eissa.
 

Foto: Billboard.com
“Mereka telah mencapai kata sepakat dan Eissa akan tinggal bersama ibunya yang kini menetap di London,” kata seorang sumber kepada akhbar The Mail On Sunday.
 
Sebelum ini, Janet menyepikan diri dari dunia hiburan antarabangsa selepas mengumumkan kehamilannya yang sekaligus menangguhkan siri konsert jelajah ‘Unbreakable.’
 

Foto: IG Janet Jackson
Pasangan ini telah berkahwin pada 2012 dan hanya dapat mengekalkan perkahwinan selama lebih kurang 5 tahun sahaja.
 
Apa pun, diharap Janet dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*