Aneh! Taman ‘Body Farm’ Penuh Dengan Ulat, Bunga Mati Dan Bau Busuk

Share This:

Selalunya, jika meninggal tentu kita mahu dikebumikan dengan tenang dan ada kubur masing-masing untuk di lawati. Bagaimana kalau mayat yang didermakan untuk buat research ?selalu derma organ saja kan..di US ada taman-taman khas untuk mayat-mayat ini ditempatkan.

PERINGATAN: VIDEO INI TIDAK SESUAI DITONTON OLEH WANITA HAMIL, AWEK-AWEK KAKI GELI, KAKI JERIT DAN KAKI JIJIK

~~~Taman Pelik ‘Body Farm’~~

Ia bukan seperti taman bunga atau taman-taman astakona tempat anda berdating mating..tetapi ia adalah taman-taman ulat, taman-taman yang berbau busuk mayat mereput dan bukannya bunga-bunga kering mewangi gugur ketanah yang menyerikan hidup anda..tidak!!

Mengapakah taman ini pelik dan diberikan nama ‘Body Farm’? Ia bukanlah taman seperti yang anda jangkakan dan ia merupakan taman yang amat penting bagi membantu para pengkaji memehami lebih mendalam dalam bidang forensic anthropology. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang baru, taman ini bukanlah untuk kunjungan orang ramai melainkan membantu memahami proses pereputan mayat manusia secara lebih mendalam.

Sehingga kini body farm yang terbesar dikendalikan oleh Texas State University dengan kawasan yang terletak di Freeman Ranch dengan keluasan 7 ekar. Taman seumpamanya di luar US telah dirancang dan akan dikendalikan pula oleh University of Technology, Sydney dengan pembinaan yang akan dimulakan pada tahun 2015. Taman pertama seperti ini yang pertama disediakan oleh University of Tennessee di Knoxville.

Memang sukar bagi kita menerima mengenai kaedah kajian yang dilakukan di sini iaitu melihat bagaimana mayat mereput dalam keadaan terbuka sehingga ianya habis dimakan ulat-ulat atau haiwan-haiwan pemakan bangkai seperti burung ereng (vulture). Namun begitu kajian seperti ini amat membantu dalam memahami usia mayat yang menjalani proses pereputan – dalam membantu proses siasatan kes-kes jenayah seperti yang dilihat di dalam program TV CSI. Selain itu kajian secara saintifik dapat dijalankan disepanjang proses pereputan ini berlaku.

Body Farm yang pertama dimulakan oleh seorang anthropologist pada 1981 oleh Dr. William M. Bass bagi mengkaji bagaimana pereputan manusia berlaku bagi membantu pihak polis dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan mayat yang telah mereput.

Kajian pereputan penting untuk memahami dengan lebih mendalam proses tersebut.

Ia merupakan sebuah kawasan berkeluasan 2.5 ekar (10,000 m2) dan dipagari dengan rapi menggunakan pagar kawat yang tajam. Setiap mayat akan diletakkan dalam keadaan yang berbeza dan dibiarkan mereput bagi meneliti kesan pereputan dalam keadaan-keadaan tersebut. Setiap data disimpan merangkumi turutan dan kadar pereputan, kesan cuaca, pengaruh serangga dan sebagainya.
Lebih daripada 100 mayat didermakan setiap tahun. Ia samada didermakan sendiri oleh individu melalui wasiat mereka sebelum meninggal dunia atau diserahkan oleh pewaris selain daripada pemeriksa perubatan. Lebih daripada 1,300 penderma mendermakan diri mereka secara sukarela dan ini termasuklah seorang anthropologist Grover Krantz.

Taman seumpamanya yang kedua di United States dikendalikan oleh Western Carolina University di Cullowhee, North Carolina. Ia dibuka pada tahun 2006 dan bersaiz lebih kecil di kawasan kampus di bahagian pendalaman.

Bagi body farm terbesar di Texas ini kajian yang dijalankan adalah berbeza berbanding dengan taman-taman sebelumnya. Ini kerana cuaca di Texas yang lebih panas memberikan satu peluang untuk mengkaji kesan pereputan mayat dalam keadan panas terik. Ditambahkan pula peluang untuk mengkaji kesan daripada penglibatan haiwan seperti burung, tikus yang turut mengundang pemangsa seperti ular dan pemangsa-pemangsa lain.

Proses pereputan ini amat berbeza jika diperhatikan secara terperinci kerana setiap faktor menyumbang kepada fenomena yang berbeza. Cuaca redup membolehkan mayat dimakan ulat sehingga habis secara perlahan-lahan, manakala mayat yang berada di tempat panas akan meninggalkan kulit – kerana cuaca panas turut membunuh organisma lain yang memakan mayat tersebut.

Setiap perkara diperhatikan dengan teliti termasuk pakaian.

Proses pereputan ini dapat dilihat secara terperinci bukan sahaja dari segi fizikal, malah perubahan kimia, bakteria yang terlibat, kulat, serangga dan tumbesaran serangga pada mayat juga diperhatikan. Bagi mayat yang terdedah, kesan gangguan haiwan meninggalkan kesan yang berbeza – menyebabkan tulang-tulang berselerakan di merata-rata tempat.

Sementara itu, ia bukanlah taman yang sesuai untuk lawatan, namun memberikan 1001 maklumat berguna bagi kita memahami tentang bagaimana proses pereputan manusia – seterusnya membantu menyelesaikan permasalahan kes-kes jenayah atau dalam memahami proses pereputan itu sendiri. Walaupun ia tempet mereputkan mayat – bukanlah bermakna mayat ini tidak dihormati. malah ia menyumbangkan kepada ilmu pengetahuan yang bernilai.

Texasstateuniversity

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*