Adakah SPRM Menghukum Atau Mendidik Sebenarnya?

Share This:

Semakin hangat, semakin melebar radar tangkapan SPRM terhadap suspek yang terlibat dengan jenayah rasuah. Dari jenayah yang melibatkan penjawat awam pelbagai pangkat sehinggalah ke ‘padang bola’.

Suara yang sinis selama ini kononnya SPRM hanya menjerat ikan bilis dan bukannya menjerut ikan jerung sudah tidak kedengaran lagi.

Persepsi masyarakat kononnya jerung itu hanyalah pemimpin politik juga adalah salah. Kategori ‘pemakan besar’ ini adalah termasuk siapa sahaja yang menjadi individu yang berpengaruh di dalam mana-mana organisasi. Contohnya, jerung di dalam bidang sukan bola sepak adalah bookie dan pemain itu sendiri. Kerana merekalah yang mengaturkan perlawanan selama ini. Rujuk di sini.

Begitu juga apabila SPRM mula mencekup penjawat awam yang bertaraf ketua jabatan atau pun pegawai yang mengatur selia skandal rasuah tersebut termasuk menyalahguna kuasa bagi jenayah ini. Golongan yang bergelar ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ juga tidak terlepas dari radar SPRM. Rujuk di sini.

Malah hampir saban hari rakyat Malaysia akan melihat berita di kaca TV siaran perdana, di dada akhbar utama pula terpampang kejayaan SPRM mengheret suspek ke muka pengadilan dan tidak terkecuali berita kejayaan SPRM ini tular di portal berita berasakan internet. Termasuk di medium media sosial yang mikro seperti facebook, twitter dan lainnya.

Adakah SPRM menghukum?

“Mencegah lebih baik dari merawat” – inilah prinsip SPRM sejak awal penubuhannya lagi. Bukan sehari dua SPRM mendidik rakyat Malaysia berhubung kesan buruk kepada sesebuah negara sekiranya amalan jenayah rasuah ini tidak dibendung. Ekonomi negara boleh runtuh.

Jika persepsi kononnya SPRM mula ‘menghukum’ untuk tunjukkan betapa berkuasanya agensi penguatkuasaan ini maka tanggapan tersebut adalah salah.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Datuk Dzulkifli Ahmad turut mula memperkenalkan ‘bentuk pencegahan alaf baru’ kepada pentadbiran kerajaan, termasuk peringkat negeri dan juga kementerian kerajaan pusat.

Beliau telah mengenengahkan inisiatif tertentu seperti Corupption Free Pledge (CFP), atau pun Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang mana telah menjadi satu ‘fenomena’ yang cukup memberi kesan terhadap keazaman untuk membasmi perlakuan yang tidak bermoral ini. Banyak agensi kerajaan negeri, pusat dan GLC mula melakukan IBR.

Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata walaupun IBR yang diasaskan ini atas dasar untuk memerangi rasuah sesebuah organisasi termasuk kerajaan negeri itu sendiri namun ia adalah atas inisiatif mereka sendiri untuk menjalankannya.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana pihak untuk menjalankan upacara melafazkan IBR namun dengan merealisasikan perkara itu, ia membuktikan keikhlasan dan ketulusan mereka dalam memerangi gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketelusan SPRM untuk ‘mendidik’ ini terbukti apabila mendapat sambutan pentadbir negeri.

Terbaru, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai bacaan ikrar yang turut disertai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terengganu menjadi negeri ketujuh yang melafazkan IBR SPRM selepas Sarawak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak manakala Sabah, Pahang dan Johor dijangka menyusul tidak lama lagi.

Hakikatnya SPRM kekal dengan amalan mendidik rakyat Malaysia, kekal dengan momentum menyedarkan rakyat Malaysia betapa bahaya sekiranya jenayah rasuah tidak dibendung secara total.

Skandal Malaysia

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*