Adakah Pemimpin Melayu Pakatan Yang Menolak Pemerkasaan Undang-undang Syariah?

Share This:

Pada tahun 1964 dan 1987 dua peristiwa yang mana telah berlakunya pemindaan undang-undang syariah  dilakukan di Parlimen dan telah dibentangkan dengan keadaan aman dan harmoni tanpa ada sebarang kejadian bantahan.

Pembentangan ini berjalan dengan lancar dan aman  seterusnya  RUU Syariah pada kedua tahun itu telah dapat diluluskan dengan jayanya.

Mengapakah pada kedua tahun tersebut pembentangan RUU dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Tetapi tidak pada  tahun 2017 ini. Ini adalah kerana pemimpin DAP dan pembangkang pada masa itu amat memahami  dan amat jelas memahami apa yang terkandung didalam Perlembagaan Malaysia.

Pemimpin pembangkang pada masa itu sedar bahawa pembentangan RUU yang dilakukan pada masa itu adalah hak orang Islam untuk memperkasakan sistem perundangan Islam yang hanya tertakluk kepada  umat Islam sahaja.

Menyebut perkataan tertakluk kepada umat Islam sahaja bermakna  ianya tiada kaitan dengan kaum yang lain dalam apa cara dan keadaan sekali pun.

Tetapi pada 2017 ini pembentangan RUU355 telah mendapat tentangan  hebat dari pemimpin pembangkang DAP dan juga PAN yang bersungguh-sungguh untuk menghalang ianya dibentangkan.

Pemimpin Melayu pembangkang yang membantah secara jelasnya mereka adalah pendokong dasar  memijak Islam yang menjadi amalan DAP.

Sepatutnya mereka menasihati DAP dan menerangkan serta mempertahankan apa yang ingin disampaikan dan dibentangkan tiada mempunyai kaitan dengan DAP serta kaum lain.

Tetapi atas nama politik, kuasa dan wang ringgit pemimpin DAP terus menjolok pemimpin Melayu Pakatan Harapan untuk terus memberikan sokongan penentangan terhadap memperkasakan perundangan syariah Islam dalam Negara ini.

Dalam soal ini Kit Siang telah memainkan isu agama dan perkaumannya secara jelas dan tidak berselindung lagi. Apakah pemimpin Melayu didalam Pakatan Harapan ini beragama Islam?

Jika tidak masakan mereka bersama DAP terus menerus merestui penghinaan dan penentangan dilakukan.

Sebagaimana biasa nya Kit Siang akan  bersuara menyatakan beliau seorang yang berpendirian, berprinsip dan bukan bersifat perkauman untuk menyembunyikan kesalahan diri beliau dan partinya ditutup dan disembunyikan daripada diketahui umum.

Semasa PAS bersama DAP untuk digunakan sebagai “hamba undi” telah disokong sepenuhnya malah kehadiran PAS didalam Pakatan Harapan dilihat  pelengkap  gabungan Pakatan Harapan.

Namun setelah guna tenaga PAS dikerah didalam banyak perhimpunan demokrasi  dan DAP banyak memenangi kerusi pilihanraya, PAS terus diusir dengan cara yang paling hina.

Jika kita imbas kembali , suatu ketika dahulu,  Setiausaha Organsasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pernah menyatakan kepada pengundi sebelum PRU 13, tiada apa yang perlu dikhuatirkan mengenai undang-undang hudud jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Anthony Loke pernah berkata jika anda tidak takut dengan hukuman mati di Malaysia kerana tidak melakukan sebarang kesalahan untuk dihukum mati mengapa perlu bimbang dengan potong tangan dan kaki.

Tetapi kini DAP bertukar pendirian dan kini menyerang RUU 355 yang mencadangkan peningkatan hukuman syariah untuk orang Islam dengan penambahan hukuman sebatan. Tindakan DAP adalah disebabkan oleh sikap tidak sedarkan diri yang diamalkan didalam parti tersebut.

Lim Kit Siang turut menyatakan, seruan Hew Kuan Yau kepada masyarakat untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu sebagai sesuatu yang seronok dilihat, adalah tidak berunsur perkauman langsung dan DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Kuan Yau.

DAP turut menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasis apabila membuat kenyataan pada PRU13 berlaku tsunami Cina dan kerajaan akan berusaha keras untuk memenangi mereka semula.

Sebelum PRU13, Lim Guan Eng juga menandatangi secara bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan yang PAS mempunyai hak untuk menegakkan agenda Negara Islam tetapi hari ini, DAP adalah musuh utama PAS kerana PAS mahu melaksanakan hak mereka

Bagi pemimpin Melayu pakatan pula mereka menentang segalanya berkaitan Islam termasuk Mahathir dan Aziz Bari yang mana menyifatkan bahawa RUU adalah permaianan politik semata mata.

Sedangkan Agama Islam itu tinggi martabatnya dan seharusnya ada bentuk undang2 diatas sesabuah Negara  yang tertulis demi  untuk menjaga kedaulatannya.

Melihat kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Melayu  didalam DAP ini lebih bergembira jika khalwat, zina, hubungan sejenis,  dan melakukan maksiat oleh orang Islam dimana mana sahaja tanpa diambil tindakan.

Pemimpin Melayu  pembangkang genbira apabila Islam itu dilihat sebagai sampah dan tiada bentuk perundangan dilaksanakan , sedangkan satu ketika dahulu  ada pemimpin DAP yang menghina Solat, Azan, Tilawah Al Quran dan banyak lagi. Adakah mereka ini beragama Islam?

Persoalan ini seharusnya dijawab dengan penuh keilmuan oleh pembaca semuanya. Apakah Islam itu mesti ditong sampahkan  dan terus mengamalkan kemaksiatan  oleh orang Islam tanpa ada satu bentuk perundangan bertulis yang dikenali dengan Akta Syariah untuk menjaga kesucian Islam itu sendiri?

Persoalan keduanya , Apakah sebab Pemimpin Melayu Pakatan beragama Islam sehingga tidak mahu memperkasakan perundangan Islam?

  • PRU14.tv

Comments

comments

One thought on “Adakah Pemimpin Melayu Pakatan Yang Menolak Pemerkasaan Undang-undang Syariah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*