4 Tahun Berjauhan, Kini Semuanya Hampir Musnah

Share This:

Dari awal perkahwinan kami, saya duduk berjauhan dengan suami sehingga sekarang. Kini usia perkahwinan kami sudah masuk tahun ke empat.

Saya di kelantan dan suami pula jauh di perak. Saya mempunyai seorang cahaya mata berusia 2 tahun lebih. Sepanjang perkahwinan, suami bersabar dengan jarak yang memisahkan antara kami.

Namun, suatu hari tiba-tiba dia mesej dan memberitahu saya yang dia sudah penat dengan semua ini. Oleh satu sebab hanya kerana saya tidak turun jumpa dia di perak.

Dia mengungkit segala dan memberitahu dia sanggup berkorban tenaga duit semata-mata nak jumpa anak isteri tetapi kenapa saya tak pernah berkorban sekali pun untuk turun jenguk dia di perak.

Masa tu, saya tak dapat nak bayangkan betapa jauhnya kelantan dengan perak kalau saya memandu dengan anak saya. Nak naik bas pulak saya pula anak macam mana dengan keselesaan dia dengan kenakalannya memang saya rasa tak sanggup.

Saya kerja kerajaan dan proses pertukaran memang mengambil masa yang agak lama. Suami mula nampak bosan oleh sebab berjauhan. Saya tidak mampu nak berkata apa-apa lagi.

Sekarang ni, apa yang perlu saya buat. Bantulah saya. Saya dapat membayangkan keretakan hubungan antara kami. Adakah sebab saya tak jenguk dia di sana menjadi satu kesalahan yang besar untuk saya?

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*