10 Lokasi Paling Menyeramkan Di Dunia – Bahagian 1

Share This:

Dalam kehidupan seharian, kitaa tidak dapat mengelak dari memperkatakan kewujudan tempat-tempat paling misteri. Jika di Malaysia, antara tempat yang dikatakan agak menyeramkan ialah di Kelly Castle di Batu Gajah, Villa Nabila di Johor Bahru dan banyak lagi tempat-tempat yang lain.

Di seluruh dunia, terdapat banyak tempat yang dikategorikan sebagai tempat yang paling menyeramkan di dunia. Tidak terdapat sebarang fakta yang menyokong hujah mereka namun setelah penelitian, pihak editorial menggariskan 10 lokasi yang paling menyeramkan di seluruh dunia.

1. STANLEY HOTEL, COLORADO, AMERIKA SYARIKAT

Jika diperhatikan secara kasar, tiada apa yang menyeramkan berlaku di hotel ini. Dengan binaan zaman “cowboy” hotel ini sentiasa dikunjungi oleh para pelancong walaupun mengetahui hotel ini sebenarnya hotel yang berhantu terutamanya di bilik 217.

Diberitakan, tidak ada seorangpun pengunjung yang mampu bertahan semalaman di bilik 217. Ini kerana, mereka akan diganggu setiap masa oleh entiti yang mendiami bilik berkenaan. Malah, tanpa mengira berapa ramai pun pengunjung di situ, dipercayai Flora Stanley, isteri kepada pemilik pertama hotel ini akan memainkan piano dengan lagu kegemarannya.

Hari ini, hotel berkenaan dijadikan sebagai tempat perlancongan exotic kepada penggemar dunia misteri. Malah, penulis novel seram terkenal dunia, Stephen King telah menulis sebuah novel tentang misteri hotel ini. Novel berkenaan berjudul The Shining sebelum ianya diangkat sebagai sebuah naskah filem yang menceritakan misteri di sebalik hotel dan bilik 217.

2. ISLA DE LAS MUÑECAS, MEXICO CITY, MEXICO

Agak menghairankan, apakah motif Julian Santana Barrera menggantungkan anak patung mainan di serata pokok yang tumbuh di sekitar pulau ini. Namun menurut lagenda, Barrera dikatakan telah menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan bersama-sama anak patungnya yang ditemui di pantai. Semasa mencuci patung berkenaan, dikatakan Barrera telah dirasuk oleh semangat dari anak patung berkenaan.

Maka bermulalah usaha Barrera mengumpul lebih 50 anak patung yang pada hari ini kesemua anak patung berkenaan dianggap sudah lusuh dan rosak. Semua ini berlaku pada 1951 dan semua usaha Barrera ini tamat sebaik sahaja Barerra meninggal dunia pada tahun 2001 setelah mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup bersih. Ajaibnya, hanya Barrera sahaja yang mendiami pulau ini.

Menurut penduduk setempat, jika ada pengunjung yang mahu melihat sendiri koleksi Barrera ini, mereka harus kuatkan semangat. Ini kerana, ada diantara anak patung ini dikatakan hidup dan memerhatikan semua tingkah laku pengunjung di pulau ini.

3. TUOL SLENG GENOCIDE MUSEUM, CAMBODIA

Inilah penjara yang paling kejam dalam sejarah peradaban manusia di dunia. Dikatakan, penjara ini adalah tempat penyeksaan paling kejam tentera Khmer Rouge terhadap tahanannya. Nama lain bagi penjara ini adalah penjara kematian dan dikatakan disinilah kira-kira lebih setengah juta mangsa menemui ajal yang kini hanya tengkoraknya sahaja dapat di saksikan.

Menurut penjaga penjara usang ini, sehingga kini, kedengaran suara menjerit, merintih dan merayu tahanan dapat didengari. Ramai yang mendakwa, pernah ada pencari entiti cuba untuk mencari entiti yang mendiami penjara berkenaan namun mereka hanya mampu bertahan tidak lebih dari sejam sahaja kerana entiti berkenaan muncul tanpa perlu mereka cari.

4. HUTAN AOKIGAHARA, JEPUN

Inilah satu-satunya hutan yang digariskan oleh pihak Jepun sebagai hutan paling sukar untuk di jaga. Ini kerana, hutan ini menjadi pilihan buat warga Jepun, tidak kira dari mana sekalipun mereka datang untuk membunuh diri. Antara cara yang paling kerap digunakan oleh mereka adalah dengan menggantungkan diri selain daripada menghiris nadi mereka sendiri.

Menurut sejarah, hutan ini digunakan oleh wira-wira Samurai untuk menebus maruah mereka dengan melakukan Harakiri. Tradisi ini diteruskan secara turun temurun sehinggalah warga Jepun yang mahu menamatkan diri, akan pergi kehutan ini walaupun pihak berkuasa Jepun meletakkan polis bagi menghalang sebarang cubaan membunuh diri.

Pernah diceritakan oleh seorang yang berniat mahu membunuh diri di hutan ini, dia didatangi mimpi yang menyuruhnya datang kehutan ini selama 7 malam berturut-turut. Ini mendorongnya datang kehutan ini sebelum diselamatkan oleh anggota polis di sini. Hari ini dianggarkan antara 100 hingga 150 orang menemui ajal di hutan ini setiap tahun.

5. HOSPITAL CHANGI, SINGAPURA

Hospital ini sebenarnya dibina pada tahun 1930 untuk merawat pesakit di sekitar Singapura. Semasa pendudukan Jepun, hospital ini dikatakan telah terbahagi kepada dua iaitu pusat rawatan dan pusat menjatuhkan hukuman. Sebaik tentera Jepun diusir keluar dari Singapura, hospital berkenaan masih digunakan walaupun ramai yang mengadu, mereka kerap diganggu oleh entiti yang tidak terlihat.

Sesuai dengan peredaran zaman, sebuah hospital baru telah dibangunkan dan bangunan hospital lama ini dibiarkan begitu sahaja. Atas sebab inilah, ramai pernah mendengar atau melihat sendiri suara atau kelibat entiti yang mendiami hospital ini sehingga hari ini.

Sebenarnya, banyak misteri yang menyulubungi hospital ini. Malah, sebuah filem turut pernah diterbitkan untuk menceritakan sendiri misteri di sebalik hospital ini. Apa yang pasti, jika anda berhajat untuk mengunjungi hospital ini, lakukan secaara berkumpulan dan jaga tutur kata. Jika pergi berseorangan atau berdua, bersiap sedialah anda untuk diganggu seteruk-teruknya.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*