Video Pintu Kaca Balai Polis Terbuka Sendiri Jadi Tular

Share This:

Baru-baru ini, berlakunya kejadian aneh apabila sebuah pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencetuskan misteri.

Media tempatan melaporkan, rakaman video selama 73 saat yang menjadi tular di media sosial sejak Jumaat itu menunjukkan dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Difahamkan, berdasarkan kepada rakaman CCTV, ia menunjukkan insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 4.21 pagi pada Khamis minggu lalu, dengan tiga anggota polis secara kebetulan sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi tular menerusi media sosial.

“Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” kata beliau.

Sementara itu, Shaikh Abdul Adzis juga mengatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut tentang bagaimana rakaman CCTV di balai polis itu boleh menjadi tular melalui media sosial.

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Video Pintu Kaca Balai Polis Terbuka Sendiri Jadi Tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*