Tokong Cina Mirip “Hang Tuah” Ada Di Tampin

Share This:

PERTAMA kali melihat tokong Cina yang menyerupai seorang lelaki Melayu memakai pakaian ala Hang Tuah, ramai yang keliru dan mempersoalkan tujuan patung tersebut dibentuk sedemikian rupa.

Perlukah patung yang disembah itu menyerupai lelaki berpakaian pahlawan Melayu mirip Hang Tuah? Kita semua tahu bahawa orang Melayu beragama Islam dan orang Islam tidak sesekali dibenarkan menyembah patung. Hang Tuah pula merupakan pahlawan Melayu.

Lokasi tokong Hang Tuah itu di kawasan letak kereta sebuah hotel bandar Tampin. Ini bermakna ianya berada dalam kawasan Majlis Perbandaran Tampin. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap tuan punya premis yang membina tokong tersebut.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membina tokong Cina menyerupai Hang Tuah dilihat sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif terhadap perkara yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Malah perkara ini turut dilihat boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dalam negara kita.

Ini bukan pertama kali tokong Cina yang mengelirukan umat Islam dirobohkan. Beberapa bulan yang lalu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil tindakan merobohkan tokong Cina menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja.

“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, MPK telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina tersebut.

– PRU14.tv

Comments

comments

One thought on “Tokong Cina Mirip “Hang Tuah” Ada Di Tampin

  • June 23, 2017 at 8:47 pm
    Permalink

    Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden. Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*