Pesawat MAS Terbabas Di Sibu

Share This:

Pesawat Boeing 737-800 MH2718 dari Kuala Lumpur itu dilaporkan terbabas disebabkan keadaan landasan yang licin susulan hujan lebat sejak lewat petang tadi.

Bagaimanapun, MAS mengesahkan kesemua enam anak kapal dan 61 penumpang dalam pesawat berkenaan selamat. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Difahamkan, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Sementara itu, seorang penumpang dikenali sebagai Muhd Badrul Aman berkongsi pengalaman cemas dilalui dalam akaun Facebook miliknya.

Antara lain, beliau menyatakan rasa syukur kerana semua anak kapal dan penumpang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Ya Allah…. terima kasih kerana menyelamatkan kami,” katanya.

Malah, beliau turut memuji kecekapan anak-anak kapal mengendalikan situasi cemas itu, termasuk memastikan kesemua penumpang keluar dengan selamat dan mendapat bantuan.

Dalam perkembangan berkaitan, sehingga jam 12 tengah malam tadi, landasan Lapangan Terbang Sibu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja mengalihkan pesawat berkenaan dari lokasi kejadian.

Comments

comments

One thought on “Pesawat MAS Terbabas Di Sibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*