Lapangan Terbang Sibu Terus Lumpuh

Share This:

TIDAK ada siapa menyangka bahawa lapangan terbang Sibu akan lumpuh. Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sibu terus lumpuh berlanjutan selama 16 jam dengan tempoh operasinya dijangka bersambung pada jam 12 tengah hari esok, berbanding jangkaan asal pada jam 8 malam ini.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir, berkata penutupan ini terpaksa dilakukan akibat beberapa lubang besar di kawasan sekitar landasan kapal terbang yang disebabkan oleh pergerakan tayar pesawat dalam insiden pesawat tergelincir malam semalam.

“Kami akan meneruskan kerja-kerja pembersihan landasan kapal terbang malam ini dan operasi masuk keluar pesawat di lapangan terbang Sibu hanya akan dibuka jam 12 tengah hari esok.

“Ia perlu dilaksanakan sebagai prosedur keselamatan dan kami telah mengeluarkan notis kepada syarikat penerbangan mengenai penutupan ini.

Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semua operasi kembali kepada biasa,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi. Hari ini, sebanyak 48 penerbangan dibatalkan dengan lebih 3,787 penumpang terjejas selepas lapangan terbang Sibu tidak dapat beroperasi sejak tengah malam tadi.

Pada jam 10.17 malam semalam, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH2718 tergelincir lalu terbabas sejauh 1.2 kilometer dari titik pendaratan akibat landasan licin ketika hujan lebat melanda lapangan terbang berkenaan.

Penerbangan yang dibatalkan termasuk pelepasan dan pendaratan dari Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuching, Miri, Bintulu dan Kota Kinabalu.

Semoga semua masalah dapat diselesaikan secepat mungkin dan lapangan terbang Sibu dapat beroperasi seperti sedia kala.

Comments

comments

One thought on “Lapangan Terbang Sibu Terus Lumpuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*