#KecamRafizi : Awas Permainan DAP, Mahu Tunjuk Sesama Islam Bertelagah

Share This:

Orang Melayu Islam perlu melihat dalam konteks yang lebih teliti isu YB Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang beriya-iya menunjukkan bahawa beliau yang orang Islam pertama wakil rakyat yang menentang usul RUU355 di Parlimen sejak ia dibentangkan pada Khamis lepas.

Bagi Rafizi, beliau yang juga Naib Presiden PKR sudah tentu barua DAP dan budak suruhan parti cauvinis itu. Dia akan melakukan apa sahaja yang disuruhnya termasuk membangkang hal ehwal agamanya sendiri.

Dari satu segi, DAP mahu memperlihatkan kini orang Melayu Islam sedang bertelagah dalam isu rang undang-undang melibatkan mahkamah syariah ini secara tersirat.

Rafizi sengaja terus melakukan provokasi dalam isu ini supaya orang Melayu Islam mengecamnya dan memberikan komen menghentamnya di laman sosial Facebook secara tidak langsung menunjukkan orang Islam Melayu berantakan di dalam negara.

Media asing dan kuasa asing akan melihat Malaysia sedang berlaku konflik melibatkan undang-undang Islam padahal netizen mengecam Rafizi kerana bersikap sebaliknya pada RUU355 memandangkan beliau seorang Islam.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan melihat sahaja pertelingkahan yang dicetuskan oleh Rafizi kerana RUU355 itu tidak langsung ada kena mengena dengan mereka.

Tugas Kit Siang pada hari pembentangan adalah mencetuskan provokasi awal atau membuat kejutan awal sebelum Rafizi menyambung tugasnya.

Sebagai orang Islam yang memang jelas faham akan tujuan RUU355 dibentangkan, mereka tidak perlu mengendahkan Rafizi dan membiarkan sahaja beliau mengutuk RUU berkenaan seorang diri tanpa diberikan perhatian.

Permainan DAP sangat licik dengan ramai wakil rakyat dan pemimpin Melayu yang cukup jahat sanggup bersekongkol dan membantu mereka menghuru-harakan perpaduan masyarakat di Malaysia.

Biarkan Rafizi dengan segelintir pihak yang membantah RUU berkenaan berbunyi. Jika diberikan perhatian yang lebih, ia akan memperlihatkan seolah-olah orang Islam di dalam negara ini sedang bertelagah sesama sendiri.

Pada Khamis lepas, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan huraian pindaan kepada undang-undang melibatkan kuasa Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat, Parlimen.

Pembentangan itu berjaya disempurnakan biarpun mendapat tentangan dan provokasi tidak berfaedah dari pembangkang.

Perbahasan ditetapkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang pada Julai depan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “#KecamRafizi : Awas Permainan DAP, Mahu Tunjuk Sesama Islam Bertelagah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*