Tiada Lagi Lumba Kereta F1 Tahun Depan Di Sepang

Share This:

Negara ini tidak akan lagi menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) bermula tahun hadapan, setelah kerajaan bersetuju menamatkan kontrak penganjuran acara lumba kereta berprestij dunia itu.

Ini bermakna perlumbaan Grand Prix pada tahun ini merupakan yang terakhir bakal dianjurkan di Malaysia dan bukannya pada 2018 seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding kos penganjuran sejak 1999.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak yang berkepentingan.

“Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu.

“Pada 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij ini termasuk dua negara Asia, tetapi kini ia telah meningkat kepada 21 buah negara dengan 6 negara Asia, sekali gus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Bagi parti pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) sudah pasti langkah kerajaan akan dianggap sebagai langkah melenyapkan terus legasi daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang kononnya mencetuskan idea untuk menganjurkan program berkenaan.

Bagaimanapun, dengan persaingan dari negara lain yang menganjurkan perlumbaan berkenaan dengan litar baru yang semakin bagus serta kemudahan moden agak sukar SIC untuk bersaing memandangan ia hanya berlangsung di awal musim penganjuran F1.

Pembangkang hanya mencari ruang dan peluang untuk mengkritik langkah kerajaan dan kononnya kerajaan sentiasa mempunyai niat jahat ke atas mereka. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*