Sudah Habis Modal Buat Fitnah, Rafizi Cuba Nasib Reka Cerita Lain

Share This:

Selepas banyak pihak seakan tidak mengendahkan kenyataan Rafizi berkaitan perjanjian Kerajaan Malaysia dengan syarikat Aramco baru-baru ini, Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli mula mereka cerita baru tetapi menggunakan modal fitnah yang sama iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tuduhannya kali ini kononnya beliau ada bukti bahawa terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada syarikat pelaburan negara itu.

Lebih jahat, beliau berkata wang berkenaan hadir dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafizi kini nampaknya memainkan watak sebagai balaci kelas rendah selepas dirinya bakal masuk ke penjara selama 18 bulan kerana kesalahan memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1MDB.

Jadi, tugas membuat fitnah dan membuat cerita rekaan diserahkan kepadanya dan nampaknya beliau begitu seronok melakukannya biarpun sudah acapkali dikenakan tindakan kerana memfitnah.

Pada 26 Januari tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM1,800 kepada beliau yang juga Naib Presiden PKR kerana didapati bersalah memfitnah UMNO.

Hakim Azwarnida Arrifin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap Rafizi yang menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov.

Kemudian, Rafizi kantoi memfitnah apabila menggunakan satu screenshot palsu yang menunjukkan aktivis media sosial, Tun Faisal seperti berbual dengan seseorang bernama Pak Mael berkenaan hutang MRT yang sebenarnya juga cerita bohong Rafizi.

Fitnah paling memalukan ialah apabila beliau mengaku memfitnah dan hanya berseloroh apabila membuat fitnah berkaitan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pembelaannya terhadap saman berkenaan, Rafizi berkata Perdana Menteri dan isteri tidak boleh menganggap kenyataannya sebagai fitnah tetapi berseloroh.

“Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah,” katanya.

Dalam kenyataan fitnah itu, Rafizi berkata harga bahan api yang semakin meningkat akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.

Rafizi juga bergantung kepada pembelaan ulasan wajar dan perlindungan bersyarat untuk saman itu ditolak.

Kali ini, beliau membuat lagi cerita fitnah dan guna semula kisah 1MDB dan kali ini kaitkan PAS pula dalam menerima dana daripada syarikat berkenaan.

Jalan ceritanya menggunakan satu watak individu yang rapat dengan 1MDB untuk memberikan dana itu, jika benar ia adalah bukti, Rafizi boleh sahaja namakan siapa individu berkenaan dan tidak perlu berahsia. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*