RUU355 : Rafizi Diperalat DAP Untuk ‘Skru’ Melayu?

Share This:

Nampaknya, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli seperti sudah dijadikan DAP ‘skru untuk skru Melayu’ dalam isu penentangan ke atas usul Rang Undang-Undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 atau RUU355 apabila dikatakan akan menjadi pembahas pertama di Dewan Rakyat semalam.

Biasanya, apabila ada RUU diusulkan, yang akan membuka perbahasan ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Mengapa dalam soal RUU355 iaitu RUU Mahkamah Syariah Islam, Rafizi pula yang akan menjadi pembahas pertama.

Beliau begitu bangga dan tidak sabar untuk menyatakan hujah penentangannya ke atas pindaan ke atas undang-undang berkaitan Islam iaitu agama beliau sendiri.

“Saya akan mewakili PKR dan PH sebagai pembahas pertama RUU355 sebentar lagi,” kata Rafizi di twitter beliau.

Ada seorang pemimpin DAP pernah memberikan ceramah dengan menyatakan dalam bahasa mandarin bahawa DAP hanya akan menggunakan pemimpin Melayu yang ada dalam Pakatan Harapan (PH) untuk ‘skru’ Melayu iaitu menjatuhkan Melayu pada pilihan raya nanti.

Dalam hal ini, DAP mempergunakan Rafizi untuk menunjukkan bahawa orang Melayu Islam akan menjadi penentang pertama ke atas RUU355 ini yang dipinda untuk memperkasakan lagi kuasa Mahkamah Syariah.

Tiada guna lagi kalau DAP diberikan keistimewaan kerana beliau sudah pun dihukum penjara selama 18 bulan kerana mendedahkan satu dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Jika tidak diberikan tugas langsung, Rafizi akan kelihatan santai dan tidak berbuat apa-apa. Oleh sebab itu, tugas memfitnah diberikan kepada beliau.

Kalau disaman pun beliau ada DAP boleh mempertahankan beliau. Cukup masa dan rayuannya ditolak, Rafizi akan dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahan berkenaan.

Pada hari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU355 semalam, Rafizi dan Ahli Parlimen PAN Shah Alam Khalid Samad begitu biadab dan kurang ajar menghina dan mengejek Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan panggilan pengecut.

Hari ini di media sosial milik beliau, netizen mengecam kebiadaban beliau mengeji dan menentang RUU355 padahal beliau sendiri orang yang beragama Islam.

Mereka menggunakan hashtag #KecamRafizi yang memenuhi ruang susur masa media sosial milik Naib Presiden PKR itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*