Pemilihan Semula CEC: Tan Seng Giaw Mesti “Mati”

Share This:

Kit Siang begitu taksub dengan usaha “membunuh” Tan Seng Giaw sehingga beliau terlepas pandang perlembagaan parti ketika beliau memanipulasi pemilihan parti pada 15 Disember 2012 yang akhirnya membunuh DAP pula. Kemudian dia menjadikan keadaan lebih teruk ketika pemilihan semula pada 29 September 2013 dengan meningkatkan bilangan cawangan sebanyak 120 manakala 2,576 jumlah perwakilan kekal sama. Apa yang mereka lakukan begitu bodoh serta sukar dipercayai dan DAP kini mengalami kesan-kesan sampingan penipuan pemilihan parti tersebut.
DAP : KISAH DISEBALIK TABIR

Sebagaimana yang mereka katakan, ‘the devil is in the details’. Dan nampaknya inilah yang menyebabkan Vincent Wu Him Ven dan Anthony Loke Siew Fook tertangkap apabila mereka memanipulasi pemilihan parti 15 Disember 2012 DAP atau Kongres Parti ke-16. Mereka terlepas pandang beberapa perkara yang sangat penting dan melanggar perlembagaan parti mereka sendiri.

Hari ini kita akan berbincang tentang bagaimana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Jangan ingat anda sangat bijak kerana lambat laun anda akan tertangkap juga.

DAP melakukan penipuan dan kemudian mengancam untuk menyaman RoS jika mereka tidak meluluskan pemilihan parti 2012 dan pemilihan semula 2013.

BACA SETERUSNYA DI SINI

1. Karpal tried to cover up the fraudulent DAP party election

2. Kit Siang has to cheat for survival

3. Why Kit Siang killed Tan Seng Giaw

4. How Kit Siang cheated to stay in power in DAP

Dalam pemilihan parti pada 15 Disember 2012, 2576 perwakilan dari 865 cawangan menghadirinya. Walau bagaimanapun, kira-kira 1,300 perwakilan tidak menerima notis mereka untuk mesyuarat itu, yang bermakna mereka tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat itu. Lanjutan dari itu, 547 perwakilan yang tidak layak untuk menghadiri mesyuarat itu telah menghadirinya, yang bermaksud mereka adalah perwakilan haram.

Undi kemudian telah diadakan dengan kehadiran 547 perwakilan haram dan ketidakhadiran 1,300 perwakilan yang layak kini dihalang daripada mengundi. Selepas tundaan lebih daripada tiga jam, keputusan telah diumumkan dan pada jam 8.30 malam, 20 pemenang CECitu kemudian mengadakan mesyuarat CEC pertama mereka untuk memilih pemegang jawatan parti.(semua ini diterangkan dalam 4 artikel di atas)

Zairil yang berdarah tulen Cina telah ditambah dalam dua minggu kemudian untuk memberi DAP wajah Melayu

Dua minggu kemudian, kerana tekanan yang banyak, DAP mengumumkan bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Vincent Wu bukanlah salah satu daripada 20 pemenang itu. Zairil Khir Johari adalah pemenangnya. Jadi Vincent Wu telah digantikan dengan Zairil. Sebenarnya mereka tiba-tiba menyedari bahawa mereka tidak mempunyai muka Melayu jadi mereka menggugurkan Vincent Wu dan menggantikannya dengan Zairil untuk memberi DAP sekurang-kurangnya satu muka Melayu – walaupun ayah dan ibu Zairil kedua-duanya adalah orang Cina dan bukannya orang Melayu dan nama sebenarnya bukanlah Zairil Khir Johari.

Pendek kata, DAP melakukan penipuan terbesar dalam sejarah politik Malaysia.

Tetapi CEC yang ‘asal’ sudah bertemu dua minggu lebih awal dan telah melantik pemegang jawatan parti. Jadi, oleh kerana CEC pertama adalah salah, dan oleh kerana CEC kedua adalah yang betul, semua keputusan yang dibuat oleh CEC yang pertama terbatal dan tidak sah dan DAP kini perlu mengadakan mesyuarat CEC kedua – kali ini dengan ahli-ahli CEC yang betul (bermakna tanpa Vincent Wu dan digantikan dengan Zairil).

Tetapi mereka tidak mengadakannya. Mereka menerima keputusan mesyuarat CEC pertama yang tidak betul atau yang tidak sah tanpa mengadakan mesyuarat CEC kedua yang terdiri daripada ahli-ahli CEC yang betul.

Aduan kemudian dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan DAP telah diarahkan untuk mengadakan pilihan raya parti yang kedua. Ini sebenarnya bukanlah pemilihan parti yang berbeza tetapi pemilihan semula. Dalam erti kata lain, DAP perlu mengadakan semula pemilihan parti 15 Disember 2012. Jadi ia masih akan menjadi Kongres Parti ke-16 dan bukannya Kongres Parti ke-17.

Dr Ong mengumumkan bahawa cawangan telah meningkat sebanyak 120 tetapi jumlah perwakilan DAP kekal telah “menenggelamkan” DAP.

Pada 29 September 2013, DAP mengadakan pemilihan semula parti. Dr Ong Kian Ming kemudian mengumumkan bahawa 2,576 perwakilan dari 985 cawangan telah menghadiri mesyuarat ini. Cawangan telah meningkat sebanyak 120 tetapi jumlah perwakilan kekal sama. Dan ini adalah kesilapan pertama yang mereka lakukan. Bagaimana bilangan cawangan boleh meningkat sebanyak 120 apabila CEC adalah tidak sah dan, dengan itu, tidak diberi kuasa untuk meluluskan cawangan baru?

Kedua, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kehadiran 1,300 perwakilan yang dihalang daripada mesyuarat 12 Disember 2012 dan ditolak dengan 547 perwakilan haram. Ini bermakna 2576, tolak 547 dan tambah 1,300 atau kira-kira lebih 3,300 perwakilan (dan, sudah tentu, tolak delegasi dari 120 cawangan ‘baru’ yang belum diluluskan).

Masalahnya dengan ini adalah bahawa jika mereka menghalang 547 perwakilan haram itu daripada menghadiri pemilihan semula pada 29 September 2013 dan membenarkan 1,300 perwakilan yang dihalang untuk mengundi, Tan Seng Giaw akan memenangi slot atas manakala Kit Siang akan berada pada tangga sepuluh terbawah dan Guan Eng mungkin tidak berada pun dalam senarai 20 pemenang itu. Jadi mereka tidak boleh membetulkan pelanggaran 15 Disember 2012 seperti yang RoS telah mengarahkan DAP untuk melakukannya.

Pendek kata, dalam pemilihan semula Kongres Parti ke-16 pada 29 September 2013, DAP mengulangi kesilapan atau percanggahan pemilihan parti pada 15 Disember 2012. Dan, lebih teruk lagi, mereka membuat lebih banyak kesilapan dengan meningkatkan bilangan cawangan sebanyak 120 (yang tidak diluluskan) tetapi bilangan 2,576 perwakilan secara misterinya kekal yang sama.

Dalam keghairahan untuk membunuh Seng Giaw, Kit Siang akhirnya membunuh DAP juga

Jadi, mereka telah memburukkan lagi keadaan dan bukannya membaikinya. Dan pemilihan semula parti pada 29 September 2013 menerukkan lagi keadaan DAP sekiranya pemilihan parti pada 15 Disember 2012 tidak cukup memburukkan keadaan DAP.

Kit Siang tahu mereka tidak boleh membenarkan 1,300 perwakilan yang dihalang daripada mesyuarat pada 15 Disember 2012 itu untuk menghadiri mesyuarat 29 September 2013 itu. Dan, tambahan lagi, jika mereka menghalang 547 perwakilan haram daripada menghadiri mesyuarat itu, itu akan menjadi pengakhiran kepada dinasti politiknya. Sebaliknya, Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau akan menjadi pemenang sepuluh tangga teratas manakala Kit Siang, Guan Eng, dan pasukannya yang lain akan berada pada sepuluh tangga terbawah atau langsung tidak ada dalam senarai 20 pemenang.

Jadi, pemilihan parti pada 15 Disember 2012 telah dimanipulasi dan kemudian pemilihan semula pada 29 September 2013 itu juga telah dimanipulasi dengan lebih teruk. Dan aduan kedua telah dikemukakan kepada RoS tetapi DAP hanya mengabaikan arahan RoS untuk mengadakan pemilihan semula buat kali kedua (atau pilihan raya ketiga). Jika mereka melakukannya, mereka pertama sekali akan mengakui bahawa pemilihan parti pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula parti pada 29 September 2013 adalah penipuan. Kedua, jika mereka mengikut senarai perwakilan yang betul (bermaksud 2,576 perwakilan tolak 547 perwakilan haram dan ditambah dengan 1,300 perwakilan yang dihalang) maka Tan Seng Giaw akan menang dan Kit Siang dan Guan Eng akan kalah.

RoS sehingga ke hari ini masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti DAP 15 Disember 2012 dan pemilihan semula parti DAP 29 September 2013. DAP perlu membetulkan keadaan ini dengan pemilihan semula parti, yang mana mereka tidak melakukannya. Ini bermakna DAP adalah sebuah pertubuhan haram dan boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja. Pisau kini berada dalam tangan RoS dan pisau itu kini berada di tekak DAP. Dan kebodohan dan keangkuhan DAP adalah apa yang menyebabkan semua ini berlaku.

Malaysia Today

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal CEC REELECTION: TAN SENG GIAW MUST DIE. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak pru14.tv mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak pru14.tv berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*