Misteri Wan Peah Tular, Ditonton Lebih 10 Juta Orang!

Share This:

Drama bersiri seram Misteri Wan Peah mencatatkan rekod tersendiri apabila dilaporkan ditonton lebih 10 juta orang.

 
Memetik laporan Mstar Online, drama yang disiarkan di TV3 itu dikira ratingnya untuk semua episod dan ternyata ia telah mencatatkan jumlah tontonan luar biasa. 
 
Pihak TV3 berkata, episod akhir drama itu pada 31 Mac lepas sahaja telah ditonton sebanyak 3 juta orang. 
 
Manakala, pengarahnya Azman Yahya atau Jinggi berkata, pada awalnya dia berasa ragu-ragu dengan sambutan daripada penonton lebih-lebih lagi ia membariskan pelakon baru.
 
“Sebagai pelakon utama iaitu Acap, Zee dan Faiz walaupun mereka tidak mempunyai pakej mereka telah membawakan watak dengan berkesan dan berjaya memikat hati penonton,” katanya. 
 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*