Michael Ang Sahkan Fattah-Fazura Bakal Keluar Lagu Duet

Share This:

Belum pun reda dengan keterujaan para peminat dengan petikan drama terbaharu yang menggandingkan pelakon Fattah Amin dan juga Fazura, mereka kini dikejutkan lagi dengan berita terbaharu!

 
Menurut pengarah drama Hero Seorang Cinderella, Michael Ang menerusi laman Instagram, kedua pelakon tersebut bakal melancarkan single duet mereka sempena drama tersebut.
 
Wow! Pastinya ia menjadi ‘satu impian jadi kenyataan’ buat semua peminat di luar sana.
 

“Saya sudah mendengar lagu tersebut, memang sedap dan kalau tak salah ia merupakan hasil ciptaan Aizat,” ujar Michael. 
 
Dua hari lalu, Michael turut berkongsi petikan ‘raw’ menunjukkan kedua pelakon berkenaan dalam satu babak untuk drama Hero Seorang Cinderella yang mendapat banyak respon positif daripada kalangan peminat. 
 

Foto: Carian internet

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*