Komen Lebih Baik, Ramai Minta Erra Fazira Gantikan Neelofa?

Share This:

Kehangatan rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 memang tidak dapat dinafikan lagi.

 
Peserta-peserta yang hebat dan tidak kurang juga gandingan juri yang semuanya meletup belaka.
 
Baru-baru ini personaliti jelita, Erra Fazira membuat kemunculan istimewa dalam rancangan tersebut sebagai juri jemputan.
 

Foto: IG Erra Fazira
Menariknya, ramai yang memberi komen positif dengan mengatakan mereka sangat menyukai cara Erra dalam memberi kritikan kepada peserta.
 
Erra juga dipuji kerana komen-komennya adalah lebih baik dari juri tetap rancangan itu sendiri iaitu Neelofa.
 
Ramai yang menyampah tengok rancangan MLM bukan disebabkan peserta tetapi disebabkan aktres Suri Hati Mr Pilot itu yang dikatakan hanya ‘control cun’ sahaja.
 
Malah, ada juga yang mengatakan komen Neelofa tiada isi dan merepek. Cara percakapan Neelofa yang ala-ala orang putih juga membuatkan ramai meluat.
 

Foto: IG Neelofa

Apa yang pasti, ramai yang sebenarnya tidak puas hati dengan cara Neelofa menjadi juri. Lagi elok digantikan dengan orang lain kata mereka. Wah, memang tajam sungguh kata-kata itu.

Jadi bagaimana menurut anda?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*