‘Killing Her Softly’ : Akhirnya Si Perampas Gantung Diri

Share This:

Kepada isteri-isteri yang dicurangi. Memang sakitkan hati? Apatah lagi bila si perampas ni yang call, mesej bagitahu segala apa yang dia dah buat dengan si suami. Keluarlah cerita pasal mereka terlanjur, buat maksiat dan sebagainya.

Sebenarnya, perampas ni memang nak meruntuhkan rumahtangga kami sebab tak puas hati dan berdendam dengan suami. Masa tu, mungkin suami dah tak nak kat dia. Ibarat habis madu sepah dibuang. Bagi isteri yang tak kuat mungkin boleh minta cerai.

Tetapi bagi isteri yang semangat kuat sila fight habis-habisan. Pada saya manusia tak lari dari kesilapan. Kita masih boleh bertaubat macam suami saya. Kebanyakan lelaki ni memang tak tahan godaan. Apetah lagi godaan dari perempuan murahan.

Perkara ini berlaku pada saya jugak tapi saya fight dengan perampas ni macam bak kata orang putih “killing her softly”. Satu hari, ada pompuan call saya cerita jadi skandal suami. Memang saya sedih sangat ketika itu tetapi saya kuatkan diri untuk jadu cool sebab suami saya sangat baik pada saya dan anak-anak.

Dalam hal ini, memang saya salahkan suami juga sebab tak reti control nafsu. Jadi saya brain wash suami cukup-cukuk tetapi dengan cara reverse psychology. Saya cakap dengan nada lembut sampai dia rasa bersalah yang amat. Saya tak maki-maki atau kasar dengan dia. Masa tu dia jadi lemah.

Sekarang, berbalik pada perampas ni. Selepas dia cerita segalanya tu. Saya cool je. Saya respon dengan memberitahu dia “saya kenal sangat suami saya. Mcm tak sangka dia pilih awak sebab taste dia yang lawa-lawa macam pramugari. Sebabnya perampas ni hantar gambar dia dengan suami saya. Memang pada saya tak cantik langsung. Bila saya cakap macam tu dia rasa marah sangat.

Tapi memang saya kill her softly. Selepas itu, perampas ni cerita macam-macam. Masa mereka tengah skandal. Saya tengah hamil. Jadi saya beritahu dia. Suami cari awak cuma sebagai stock geli-geli je sebab saya hamil tak larat layan suami. Memang dia rasa terpukul sangat waktu tu.

Kemudian, dia cerita yang mereka terlanjur sampai sia mengandung suami suruh gugurkan. Saya cakap tengok tu. Suami saya bukan nak sangat dekat awak sebab saya ngandung elok je suami saya layan saya. Macam-macam perampas ni bercerita.

Memburuk-burukkan suami saya sebab suami bagitahu dia memang nak tinggalkan perempuan ni sebab saya dah beranak dan boleh layan suami semula. Suami rasa bersalah pada saya. Ok la saya terima. Saya suruh die bertaubat.

Perampas tu memang tak puas hati sebab saya masih ok dengan suami. Niat dia nak tengok kami bercerai-berai tetapi makin kasih kami bertaut rapat. Akhirnya, saya dengar perampas tu bunuh diri dengan menggantung dirinya. Wallahualam.

Nasihat saya pada perempuan yang tergilakan suami orang ni, berhati-hatilah. Ada suami org yang lemah imannya, tak tahan godaan. Namun, berkat DOA seorang isteri pasti dia akan sedar dan tinggalkan kamu.

Sementara itu, bagi yang masih mahu pertahankan rumahtangga. Be strong and keep fighting! Jgn mudah minta cerai sebab itu yang perampas tu nak tengok.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*