Kes Wanita Tua Dilanggar Lari, Suspek Telah Ditahan Polis

Share This:

Kes wanita tua dilanggar lari yang berlaku di Pulau Tikus, Pulau Pinang kelmarin, suspek yang terlibat telah ditahan oleh pihak polis pagi tadi.

 
Tangkapan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash. 
 
Menurut Mior, hasil maklumat yang diterima, polis berjaya menahan suspek di Hospital Besar Pulau Pinang ketika sedang menjalani rawatan kecederaan yang dialaminya akbiat rempuhan yang berlaku semalam.
 
 
Terdahulu, seorang wanita berusia 58 tahun yang dirempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Burmah, George Town disahkan meninggal di Hospital Pulau Pinang pada jam 8.45 malam kelmarin.
 
Mangsa Foo Swee Wah cedera parah di kepala dan patah kaki selepas dirempuh pada jam 1.24 petang hari sama.
 
Memetik laporan akhbar Oriental Daily News, kejadian tersebut sempat dirakam seorang individu menerusi kamera litar tertutup,CCTV yang dipasang pada keretanya dan kini tersebar meluas di media sosial setelah dimuat naik oleh individu terbabit. 
 
Paparan video jelas kelihatan penunggang motosikal yang tidak berperikemanusiaan itu, melarikan diri tanpa mempedulikan wanita tua yang dilanggarnya terlantar di jalan raya dengan berlumuran darah dibahagian kepalanya. 
 
 
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal terbabit dan sedang menjejakinya.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*