Diri Merana Apabila Nafsu Menguasai

Share This:

Kisah cinta kami bermula macam ni berkenalan sebelum khawin, berkawan,seterusnya bercinta hinggalah bersedia untuk nikah. Hati saya ketika itu rasa gembira seperti mana wanita lain rasa. Siapa tak gembira nak kawin.

Suami saya nikah dengan saya tak lah susah sanga. Duit hantaran? Tak ada. Baju kahwin?Saya beli. Cincin kahwin, bukan dia yang beli. Belanja kenduri, saya yang tanggung. Mudah kan?

Setelah kami diijab kabulkan, hati saya rasa gembira sangat, segala duka lara dalam hati, serta merta sembuh. Beberapa hari di rumah mak saya, kami pulang ke KL dengan pengangkutan awam, kami tiada kerete & motor.

Bila sampai sana, kami menyewa di sebuah bilik yang dah tak digunakan. Bilik tu kecil tanpa bilik air dapur katil dan sebagainya. Itulah rumah kami. Walau apapun, saya tetap bersyukur kerana itu rezeki saya.

Detik bersama dengan suami itu membuat saya sentiasa rasa gembira dalam apa jua keadaan. Seminggu kemudian, saye kemas baju suami dan hati saya tergerak nak buka telefon dia. Alangkah terkejutnya saya bila jumpa gambar ramai perempuan yang dijadikan sebagai kekasihnya.

Malah dengan berkongsi gambar tidak sepatutnya dengan mesej-mesej seperti pasangan kekasih dan berbaur lucah. Lebih terkejut apabila semua itu berlaku dalam tempoh kami nak nikah, dia berhenti mesej dengan mereka pada malam sebelum kami nikah.

Hati saya sedih tidak terkata, fikiran saye terganggu. Air mata jatuh deras. Saya bersabar lagi dan saya cuba jadi positif. Hari berganti hari, saya telah disahkan mengandung.

Dalam tempoh ini, ujian bertalu-talu untuk saya. Macam-macam suami buat pada saya. Apabila saya kejut solat, dia marah dan pukul saya. Apabila saya cuba untuk luahan perasaan sedih saya, saya akan dimarah dan dimaki.

Babi,bodoh,sial,perempuan tak guna itu sudah biasa kedengaran di telinga saya. Dia sentiasa bersikap kasar dgn saya walaupun saya sedang hamil. Merajuk saya tak dilayan, manja saya diabaikan.

Semakin hari, saya semakin sedih, hati semakin sakit, badan semakin lemah. Tak larat dengan suasana seperti ini. Tak lama kemudian, saya keguguran. Dalam keadaan pantang, suami saya curang lagi dengan saya.

Abang sayang dengan perempuan tu, perempuan tu bagi gambar bukan-bukan. Saya sedih teramat sangat,hati makin hancur. Tiade siapa yang tahu, tiada siapa yang pujuk termasuk suami.

Saye sebagai isteri dia, di awal tempoh kami menikah, itulah hadiah yang dia bagi pada saye saat saya mengandung, pada hari ulang tahun saya, pade hari berpantang saya. Sedih saya tak terkata, itulah hadiah di awal pernikahan saya.

Setakat itu sahaja yang mampu saya kongsikan, walaupun banyak lagi onak duri yang saya tempuh bersama dia. Macam-macam hadiah lagi yang saya dapat tapi dah tak mampu nak cerita. Walau bagaimanapun, saya doakan rumahtangga di luar sana bahagia sentiasa dan kita menjadi isteri yang hebat. Amin.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*