Dendam Terpendam, Bola Api Membawa Maut

Share This:

Rakaman kejadian ini kelihatan aneh apabila benda ini dikenali dengan nama ‘tuju-tuju’ atau bola api menjadi semakin marak dan boleh menggerakkan dan menerbangkan dirinya sediri.

Menurut sumber, ianya dihantar untuk menyihir orang sampai mati. Timbul juga kemusykilan di sini, mustahil bakar bola boleh terbang atau bakar belon?

Dalam pada itu, lokasi kejadian tidak dapat dikenalpasti dan yang pasti ianya tidak berlaku di Malaysia. Pernah arwah nenek cerita zaman dia dulu ketika dia hadir ke kenduri kahwin jiran.

Semasa sedang bersanding, si pengantin perempuan tiba-tiba menjerit histeria sebab ternampak bola api ni. Menjerit macam orang kena rasuk hantu.

Pengantin tersebut berjaya dibawa lari dan disembunyikan. Setelah diselidik rupanya si pengantin perempuan itu telah menjadi mangsa sihir lelaki yang minat padanya.

Cinta lelaki tersebut tidak berbalas jadi ditujunya bola api tersebut kepada si pengantin perempuan. Arwah nenek kata benda tersebut hanya serang orang yang dituju saja.

Apabila ianya sampai kepada orang itu, ia akan membakar muka orang itu sehingga maut. Wallahualam. Ini pun cerita daripada mulut orang tua-tua dulu.

Walau apapun, kaum hawa di luar sana sila berhati-hati. Jika tidak suka seseorang lelaki itu tolaklah dengan cara baik, jangan memaki hamun. Bila hati dah sakit, timbul perasaan dendam dan bila timbul perasaan itu, syaitan akan mula bertenggek dan menghasut pada hati itu melakukan pekara yang keji.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*