Datuk Seri Vida, Suami Sah Bercerai

Share This:

Selepas heboh pergolakkan rumah tangga diperkatakan tempoh hari, Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman hari ini telah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin di Mahkamah Syariah Perak pagi tadi. Menerusi Harian Metro, Datuk Vida sendiri telah mengesahkan perkara terbabit.

Pagi tadi, Datuk Seri Vida dan suami hadir ke Mahkamah Syariah untuk proses lafaz cerai selepas menfailkan permohonan penceraian beberapa minggu yang lalu. Apabila ditanya mengenai punca perpisahan itu, Datuk Vida dengan ringkasnya memberitahu beliau dan suami sudah tidak mempunyai persefahaman diantara mereka.

Sebelum ini perkahwinan pasangan ini memang hangat diperkatakan apabila Datuk Vida sendiri mengakui dirinya dan suami sedang melalui proses penceraian. Namun Datuk Vida memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan itu. Tindakan sama juga diambil oleh suami Datuk Vida mengenai perkara terbabit.

Siapa yang menginginkan perpisahan di dalam rumah tangga, begitu juga dengan Datuk Seri Vida yang turut terkesan dengan perkara itu. Buat Datuk Vida, diharap beliau terus tabah menghadapi dugaan hebat ini di dalam kehidupannya dan semoga kejadian ini memberikan semangat baru untuknya terus berjaya di masa depan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*