Buat Tuntutan Palsu Hampir RM13 Juta, Tan Sri Ditahan SPRM Serta 5 Suspek Lain

Share This:

Seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah.


Memetik laporan The Star, individu berusia 63 tahun itu berkhidmat sebagai kontraktor bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


The Star melaporkan Tan Sri yang merupakan naib presiden MIC ditahan di kediamannya di Johor jam 10.30 pagi kelmarin, kerana didakwa membuat tuntutan palsu berhubung pembekalan sebanyak 358 unit geotube yang bernilai hampir RM13 juta untuk kerja-kerja pemulihan sungai yang dilakukan JPS.


Majistret, A. Akhiruddin @ Boy Acho mengarahkan Tan Sri berkenaan, bersama lima yang lain ditahan sehingga Selasa depan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman terhadap mereka.


Mereka yang lain merupakan pegawai JPS yang bersubahat dengan Tan Sri, dan anak lelakinya yang turut didakwa terlibat dalam kes tersebut.


Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*