Tidak Cermin Diri, Guan Eng Tidak Malu Suruh BN Pecat Shabudin

Share This:

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta Barisan Nasional (BN) memecat Ahli Parlimen BN-Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya adalah kelakar dan ia hanya memperlihatkan Guan Eng tidak mencermin dirinya sendiri.

Beliau yag sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri selepas terlibat dalam kes rasuah membeli banglo dengan harga murah dari pasaran sehingga dituduh di mahkamah bukannya Shabudin.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, mahu BN memecat Shabudin selepas beliau membuat kenyataan bahawa jika dibenarkan oleh mahkamah seorang mangsa rogol bawah umur boleh berkahwin dengan perogolnya jika ada persetujuan.

Sebenarnya, Guan Eng berdendam dengan Shabudin selepas Ahli Parlimen itu mendedahkan kes berkaitan banglonya itu di Dewan Rakyat yang membawa kepada siasatan dan pertuduhan ke atas Guan Eng.

Ini kerana selepas Shabudin membuat pendedahan itu, Guan Eng dengan berlagaknya mengajak Shabudin bertemu di pejabatnya untuk di’rasuah’ minum kopi dan kononnya menjelaskan berkaitan isu jenayah berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim berkata, jika Guan Eng sendiri tidak berani meletak jawatan setelah didesak pelbagai pihak ekoran terpalit skandal rasuah, maka dia patut ‘duduk diam diam’ dan hilang ‘kelayakan’ untuk mendesak mana-mana parti pun untuk memecat pemimpin mereka.

“Sebelum dia desak BN pecat Shabudin dia harus lihat dirinya dulu. Janganlah nak menyibuk hal orang lain.

“Kalau dia sendiri tidak berani untuk letak jawatan maka jangan sibuk hal parti lain. Lagi pula, sebagai seorang yang berjawatan Ketua Menteri, dia seharusnya menyelidiki sesuatu berita sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Maka tidak hairanlah jika sikap pemimpin Dap yang lain juga suka melakukan provokasi dan menyampaikan berita yang tidak betul kerana ‘bos’ mereka juga begitu,” katanya dipetik portal Umno Online.

Tambah Rafizal, Guang Eng sebenarnya dilihat menggunakan isu ini untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu rasuah yang sedang dihadapi dirinya.

“Jadi walaupun isu ini tidak benar maka ia dijadikan senjata untuk alih perhatian. Ini memang kepakaran Dap… tapi sayangnya rakyat sudah masak dengan taktik ini.

“Malah bila dia bersuara agar BN mengambil tindakan kepada Shabudin, ia amat memualkan kerana jelas kelihatan sikap tidak sedar diri,” katanya.

Baru-baru ini Shabudin membahas usul bagi menolak cadangan dan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur 16 tahun namun sayangnya kenyataan tersebut telah disalah erti.

Apa yang ingin disampaikan oleh Shahbudin sebenarnya adalah dalam kes ‘statutory rape’ iaitu atas dasar persetubuhan yang dipersetujui bersama namun pasangan di bawah umur. Bagi menutup malu selalunya pihak keluarga akan menyelesaikannya dengan cara perkahwinan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*