“Tak Nak Saham Dosa”-Haqiem Rusli Sunting Gambar Aurat Peminat Perempuan

Share This:

Penyanyi baru yang sedang melonjak naik, Haqiem Rusli dipuji ramai kerana telah menyunting dahulu gambar aurat peminat perempuannya sebelum dimuat naik ke laman Instagram.


Pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli ini menyatakan pendiriannya untuk menjaga batas dengan peminat wanita ketika di luar termasuk menjaga aib mereka dalam media sosial.

Foto: IG Haqiem Rusli

“Ribuan pengguna media sosial akan melihat gambar itu dan saya tidak mahu menanggung dosa peminat dengan menunjukkan aurat mereka kepada umum.

“Jadi, sebelum memuat naik gambar bersama peminat mahupun rakan wanita, saya akan menyunting dulu bahagian tertentu,” katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG Haqiem Rusli

Pelantun lagu popular Segalanya ini juga mengakui yang ianya agak sukar untuk mengelak daripada tersentuh dengan peminat wanita apabila mereka teruja dan mula menghimpit untuk berjumpanya.


Namun menurutnya, dia akan tetap berusaha untuk mengelak bersentuhan dan bersalaman dengan peminat perempuan.


Bagus tindakan yang dilakukan Haqiem ini, harap artis lain pun boleh mula mencontohinya juga.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*