Selepas 1MDB, Apa Lagi Fitnah Yang Mahu Dijaja Mahathir Dan Pembangkang?

Share This:

Selama hampir 6 tahun isu 1MDB menjadi bahan mainan politik kotor pembangkang terutamanya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir. Selama hampir 6 tahun inilah, 1MDB dijadikan modal utama pembangkang untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri. Pelbagai usaha dilakukan untuk menjahanamkan kedudukan kerajaan sehingga mereka sanggup bersekongkol dengan pihak asing.

Bukan satu rahsia lagi apabila Mahathir bersama-sama rakan pembangkangnya yang lain sedaya upaya mengheret pihak asing bagi tujuan menjatuhkan Perdana Menteri. Paling diingati adalah bagaimana konspirasi yang melibatkan beberapa orang pemimpin pembangkang termasuk Mahathir menggunakan Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown termasuk Sarawak Report untuk memberi imej buruk kepada kerajaan.

Mereka cukup giat menyebarkan palbagai dakyah jahat hanya semata-mata mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri. Pada ketika ini, agensi-agensi seperti Jabatan Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan peguam Negara digerakkan untuk menyiasat setiap satu transaksi yang melibatkan 1MDB.

Tidak ketinggalan juga penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat sendiri semua transaksi di dalam 1MDB dan menyiasat sendiri ada ataupun tidak sebarang transaksi yang melibatkan Datuk Seri Mohd Najib. Jawapannya, kesemua agensi berkenaan tidak memperolehi sebarang bukti penglibatan Datuk Seri Mohd Najib di dalam 1MDB.

Baru-baru ini, 1MDB telah mengumumkan telah berjaya melangsaikan semua hutangnya dengan sindiket bank antarabangsa. Semua ini dilakukan dengan hanya menjalankan urusniaga dan penjualan beberapa aset yang dimiliki oleh 1MDB. Kini timbul persoalan, selepas 1MDB berjaya menutup mulut pengkritiknya dengan kejayaan melangsaikan semua hutangnya, apa pula gerakan terbaru pembangkang menyerang kerajaan?

Jika hal ini ditanya kepada Rafizi Ramli, pastinya beliau akan menggariskan beberapa agensi yang kerap difitnah olehnya seperti Tabung Haji, KWSP, KWAP, LTAT dan Felda. Namun begitu, andai perkara yang sama ditanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, sukar untuk membayangkan, apa lagi fitnah jahat yang mahu dicipta olehnya bagi mewajarkan serangannya terhadap Datuk Seri Mohd Najib.

Jika Mahathir mahu menggunakan isu lapuk seperti derma keluarga DiRaja Arab Saudi RM 2.6 bilion, perkara berkenaan telah secara langsung dijawab sendiri oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud semasa kunjungan baginda baru-baru ini. Jika mahu menghentam kerajaan menerusi 1MDB, semuanya telah diselesaikan sepenuhnya oleh 1MDB. Apa lagi peluru yang tinggal buat Mahathir?

Hari ini, giliran Mahathir pula teruk diasak dari segenap penjuru. Datuk Seri Mohd Najib tidak perlu mengetuai serangan ini kerana semuanya terkeluar dengan sendirinya. Dari isu BMF, Forex sehinggalah pendedahan Rafizi mengenai kekayaan anak-anak Mahathir. Kini terpulang buat Mahathir mahupun rakan pakatannya untuk mempertahankan Mahathir dari serangan yang dicipta oleh dirinya sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*