RUU355 : Lim Kit Siang Buktikan Dirinya Sebenar Anti-Islam Dan Melayu

Share This:

Baru sahaja sehari selepas membuat kenyataan bahawa beliau menghormati orang Melayu lebih dari UMNO, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sudah menunjukkan bahawa dirinya sebenarnya seorang anti-Islam yang juga merupakan agama orang Melayu di negara ini.

Perlakuan jelik itu diperlihatkan oleh beliau dalam Dewan Rakyat apabila melakukan provokasi mengganggu pembentangan usul Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355.

Kit Siang bangun dan konon menggunakan Peraturan Mesyuarat 14 sebelum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula membentangkan huraian RUU355 yang sebelum ini pernah dibentangkan pada bulan November tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau hanya bangun dan bercakap kosong tanpa sebarang asas berkaitan Peraturan Mesyuarat berkenaan.

Kemudian, baru Abdul Hadi berjaya membentangkan pindaan berkenaan yang memperjelaskan peruntukan dan mengapa pindaan berkenaan perlu dilakukan untuk memperkasakan kembali kuasa Mahkamah Syariah yang kini dianggap ketinggalan zaman.

Pindaan yang dicadangkan itu antara lain adalah bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, hukuman denda maksimum sehingga RM100,000 dan hukuman sebatan rotan 100 kali.

Pada masa ini Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun, denda maksimum sehingga RM5,000 dan enam kali sebatan rotan.

Kerajaan sebelum ini berhasrat mengambil alih pembentangan rang undang-undang itu, namun tidak meneruskan hasrat berkenaan atas faktor semangat pemuafakatan Barisan Nasional (BN).

Sepatutnya rakyat boleh nampak betapa pentingnya BN dan UMNO mempunyai kuasa majoriti dalam Dewan Rakyat untuk memastikan undang-undang yang utama dapat digubal dan dikuatkuasakan demi kepentingan negara serta rakyat.

Cakap sahaja menghormati Melayu tapi tidak langsung menghormati agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu dengan cara paling biadab dan kurang ajar, sudahlah RUU berkenaan tak ada kaitan dengan mereka. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*