Najip Ali Tamat Juri MLM, Astro Bagi Jawapan Selamat

Share This:

Selepas selebriti Singapura Najip Ali dan Mediacorp tampil memohon maaf atas isu Najip Ali menghina dan mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, nampaknya kedudukan Najip Ali sebagai salah seorang panel juri bagi program Astro, Maharaja Lawak Mega 2017, dilihat tipis atau mungkin gagal untuk kekal dikerusi tersebut.

Menurut laporan MH Online, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad telah dihubungi untuk ulasan lanjut.

“Buat masa ini pihak kami tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya ringkas.

Sehingga kini, pihak pengurusan Astro masih berdiam diri mengenai segala kemungkinan tersebut.  Jika Najip ditamatkan tugasnya sebagai juri, siapakah penggantinya?

Mungkin pihak Astro mahu mengumumkan juri baru tersebut pada hari esok iaitu ketika siaran langsung program berkenaan?

You all rasa siapa pula bintang yang lebih sesuai atau layak berada dikerusi menggantikan Najip Ali? Datuk Aznil Nawawi kah?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*