Luke Shaw Sedia Lawan Jose Mourinho

Share This:

LUKE Shaw berjanji akan ‘menentang’ kritikan yang dilemparkan Jose Mourinho terhadap dirinya minggu lalu.

Pengendali Manchester United itu sebelum ini mendakwa Shaw sebagai ketinggalan berbanding pemain pertahanan lain, khususnya pertahanan kiri.

Bagaimanapun, pemain England berkenaan kini sedia bangkit dan bersaing bagi mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama United.

“Kadang-kadang saya memilih untuk tidak begitu cenderung, namun ia menyukarkan saya.

“Jika Mourinho ingin melihat saya bersaing, saya akan bangkit dan bersaing. Itulah sebab saya masih di sini.

“Saya ingin bermain untuk dia dan membantu kelab ini kembali sebagai pesaing utama.

“Saya sedang bekerja keras, terutamanya sekarang dan saya akan terus berjuang,” jelas Shaw.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*