Kota London Dihiasi Replika Payudara Gergasi

Baru-baru ini, dengan kemunculan replika payudara gergasi di atas sebuah bangunan di bandar Shoreditch, London berjaya menarik perhatian ramai warga kotanya.

Buah dada gergasi lengkap dengan puting itu sebenarnya adalah sebuah belon gergasi yang direka menyerupai payudara seorang wanita oleh sebuah agensi pengiklanan negara itu yang dikenali sebagai Mother London.

Replika berkenaan hasil inisiatif agensi itu dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga kota London berhubung stigma masyarakat terhadap ibu yang menyusu di tempat awam apabila masih dianggap sebagai tidak sopan dan melanggar norma sosial.

Malah replika itu juga merupakan langkah agensi tersebut dalam mengenengahkan kempen hashtag #FreeTheFeed bagi memperjuangkan hak dan kebebasan ibu yang menyusu untuk melakukan aktiviti itu di mana-mana sahaja termasuk kawasan awam.

“Sukar dipercayai bahawa para ibu di United Kingdom sendiri masih rasa seperti sedang diperhatikan dan dianggap melakukan perkara tidak sopan ketika menyusukan anak di kawasan awam.

“Projek ini bersempena sambutan Hari Ibu yang meraikan hak para ibu untuk menentukan bagaimana dan di mana mereka mahu menyusukan anak mereka tanpa berasa segan atau bersalah. #FreeTheFeed,” kata agensi itu seperti dipetik laman bgr.com.

Kempen berkenaan dimulakan pada 26 Mac lalu bersempena dengan Hari Ibu yang disambut di bandar raya British itu.

Nampaknya replika belon gergasai berbentuk payudara itu telah berjaya mencuri perhatian warganya kerana ramai yang sanggup berkongsi fotonya menerusi akaun laman sosial masing-masing.

Walau bagaimanapun, sejauh mana keberkesanan kempen yang dijalankan itu masih belum dapat dipastikan lagi.

-pru14.tv-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *