Kerana Artifak Sejarah Hilang, China Pecat Empat Pegawai

Share This:

Empat pegawai di China dipecat selepas pemegang lilin berusia 400 tahun di kubur maharaja Ming di Beijing, China dicuri, menurut pihak berkuasa tempatan lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai berkenaan ialah dari daerah Changping termasuk ketua dan Ketua Parti Kawasan Agensi Khas Kawasan Perkuburan Ming dan dua pegawai yang bertanggungjawab bagi keselamatan dan warisan budaya.

Kubur itu dibina untuk maharaja pada Dinasti Ming (1368-1644).

Menurut seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan, pemegang lilin itu didapati hilang pada Mei lepas, namun menurut pegawai bertugas ia dihantar untuk dibaiki.

Isu pemegang lilin menjadi topik hangat bulan lepas apabila seorang pengunjung memuat naik gambar kubur berkenaan dalam talian.

Katanya, empat pegawai dipecat kerana gagal melindungi peninggalan budaya dan kawalan keselamatan sedia akan ditambah baik.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diberikan dan kes masih dalam siasatan.

Terletak kira-kira 40 kilometer ke utara pusat bandar Beijing, kubur maharaja Ming disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 2003. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*