Kenapa Mahathir Tidak Berani Menghentam Rafizi?

Share This:

Bukan satu rahsia lagi bahawa anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad telah membina kekayaan yang cukup luar biasa. Menerusi satu penyilidikan, lebih 100 buah syarikat berada di bawah penguasaan mereka atau setidak-tidaknya mempunyai pegangan saham di dalam syarikat berkenaan. Ini bukan auta tetapi kebenaran yang langsung tidak pernah disentuh oleh Mahathir sepanjang siri penentangannya terhadap kerajaan.

Apa yang menariknya, baru-baru ini timbul semula isu yang membabitkan kekayaan luar biasa anak-anak Mahathir ini. Semuanya gara-gara terdedahnya kembali video ceramah AHli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendedahkan betapa kayanya anak-anak Mahathir. Pada ketika itu, dipercayai, rakaman itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Apa yang menariknya, sehingga hari ini, Rafizi tidak pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mahathir berhubung video berkenaan. Lebih menarik lagi, Mahathir seolah-olah cukup kelu untuk membidas semula kenyataan Rafizi berkenaan. Ianya menampakkan seolah-olah kenyataan Rafizi berkenaan ada benarnya jika melihat daripada sikap berdiam diri Mahathir ini.

Ramai yang mula mempersoalkan, andai benar setiap butir yang diperkatakan Rafizi itu tidak benar, kenapa Mahathir enggan mengeluarkan sebarang komen atau membidas semula kenyataan berkenaan?

Jawapan paling mudah untuk persoalan diatas adalah, Rafizi hari ini adalah rakan sekutunya di dalam Pakatan Harapan dan mungkin bagi Mahathir, ianya kenyataan politik semata-mata semasa menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Andai inilah jawapan Mahathir, maka betullah apa yang diperkatakan Rafizi itu.

Mari kita renungkan secara logik semua dakwaan Rafizi ini. Hari ini, dua orang anak Mahathir sudah tercatat sebagai antara orang terkaya di Malaysia. Sehingga kini, Mahathir tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung bagaimana dua orang anaknya mampu membina empayar kekayaannya. Malah, langsung tiada kenyataan dari Mirzan mahupun Mokhzani berhubung saat-saat awal urusniaga yang mereka jalankan.

Menurut kenyataan Rafizi, semua kekayaan yang dibina oleh anak-anak Mahathir ini datangnya dari pengaruh Mahathir itu sendiri sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat. Dengan ketiadaan sebarang jawapan atau penjelasan dari Mahathir, Mirzan mahupun Mokhzani sendiri, dakwaan Rafizi ini ada benarnya.

Jika dakwaan Rafizi itu tidak benar, sewajarnya Mahathir perlu tampil menjelaskan duduk sebenar perkara berkenaan. Jika tidak, selamanyalah rakyat Malaysia akan mengaitkan kekayaan yang diperolehi oleh Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina datannya dari hasil penyelewengan Bumiputera Malaysia Finance dan Forex Exchange yang hari ini telah didedahkan menerusi hasil siasatan sulit CIA beberapa bulan yang lalu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*