Kalau Lim Kit Siang Yang Cakap, Semuanya Mengarut

Share This:

Kalau dalam bahasa Inggeris ia dikatakan ‘bullshit’ yang bermaksud mengarut. Itulah sifat segala pertuturan yang keluar dari mulut pemimpin DAP berbangsa Cina, Lim Kit Siang yang mengatakan bahawa beliau lebih menghormati orang Melayu berbanding UMNO.

Apabila mendengarnya pun kita sudah tahu beliau bohong. Jika benar beliau menghormati orang Melayu dari UMNO, mengapa beliau tidak memberikan kuasa yang lebih banyak kepada parti Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) yang lebih mewakili Melayu.

Mengapa DAP enggan membenarkan PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengetuai PH kerana di Malaysia kaum Melayu adalah kaum majoriti di dalam negara ini.

Pada awal-awal penubuhan Perikatan dulu, pemimpin Cina dan India menghormati bangsa Melayu sehingga memberikan ruang UMNO untuk mengetuai Perikatan dengan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra dalam kontrak sosial.

Kalau bukan PKR pun, kenapa beliau tidak berikan ruang kepada PAN yang jelas parti Melayu Islam ditubuhkan dengan bantuan DAP di dalam PH memimpin pakatan itu.

“Jelasnya, saya lebih menghormati bangsa Melayu berbanding menteri Umno sekarang dan pemimpinnya.

“Saya merayu kepada menteri Umno dan pemimpinnya, janganlah menghina bangsa sendiri dengan cara sedemikian rupa,” kata Kit Siang ketika sidang media di Parlimen, semalam.

Kit Siang kononnya menempelak akhbar berbangsa Melayu Utusan Malaysia yang banyak menulis berita memburuk-burukkan pemimpin Melayu mereka yang seperti boneka iaitu Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad dan Wan Azizah.

Beliau lupa agaknya, Mahathir dan beberapa lagi pemimpin Melayu di dalam PH juga pernah menjadi mangsa tohmahan dan hinaan Kit Siang ketika mereka berada dalam Barisan Nasional (BN) dulu.

Mentang-mentang mereka sudah ada di dalam bahtera yang sama, barulah Kit Siang hendak mengatakan beliau sebenarnya menghormati Melayu.

Oleh sebab itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengatakan bahawa kata-kata Kit Siang hanyalah muslihat politik untuk cuba mendapatkan sokongan orang Melayu.

Beliau hanya berbuat baik dengan orang Melayu kerana kini ramai pemimpin Melayu yang dulu berpengaruh sudah mahu bersama-samanya untuk menewaskan BN.

Padahal dalam benak Kit Siang, semua itu hanya akan digunakan untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja, selepas menang nanti, semua pemimpin Melayu ini akan dipinggirkan dan bermula pelaksanaan agenda DAP yang sudah diketahui bakal mengutamakan kaum Cina seperti bilangan majoriti ahli di dalam parti itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*