Disyaki Terima Habuan Bookie, Tiga Pemain Bola Sepak Ditahan SPRM

Share This:

Akibat disyaki mengambil wang rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Piala Liga Perdana Malaysia,
tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tangkapan tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Azam Baki, SPRM ketika dihubungi pemberita.

Memetik Bernama, siasatan awal yang diperoleh mendapati suspek-suspek telah menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM 30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan.

Salah seorang pemain yang ditahan adalah pemain luar negara berusia 29 tahun yang diimport oleh MIFA. Dua lagi pemain tempatan yang ditahan berumur 26 and 27 tahun.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek-suspek telah terlibat dalam kegiatan tersebut sejak beberapa tahun yang lalu.

Suspek-suspek ini dipercayai telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah diterima itu.

Kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap berhubung siasatan kes tersebut pada masa terdekat

Tegas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato Azam Baki, SPRM tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*