Berani Jinakkan Ular Tedung, Lelaki Ini Digelar Raja Ular

Share This:

Terbaru, seorang pemuda yang berasal dari Riau, Indonesia mendapat jolokan sebagai Raja Ular kerana keberanian dan kebolehan menjinakkan ular tedung atau dikenali sebagai King Cobra.

Ice Habibi, 22, merupakan penduduk Desa Mentulik, Kabupaten, Kampar, Riau didakwa penduduk tempatan negara itu sebagai seorang pemuda yang lali atau kebal dengan bisa reptilia berbisa itu.

Habibi difahamkan mampu menjinak dan menangkap raja segala ular itu dengan hanya menggunakan tangan kosong sahaja.

Tangkap Ular Tangan Kosong, Pemuda Digelar Raja Ular

Kata salah seorang jirannya, Aprijal, dia berasa kagum dengan kebolehan unik yang dimiliki oleh Habibi dan kemahiran yang itu juga telah banyak membantunya.

“Saya ada meminta tolong kepadanya menangkap ular tedung di kebun kelapa sawit saya, dan sekarang ular itu dipeliharanya.

“Saya lihat sendiri, dia menangkap kepala ular itu dengan tangan kosong,” katanya.

Menurut laman tempatan negara itu, Habibi memberitahu dirinya kebal dengan bisa ular tedung dan gigitan daripada reptilia paling berbisa itu didakwanya ibarat terkena gigitan serangga.

Dalam satu video berdurasi lima minit yang dikongsi oleh Iqbal Hawari di laman YouTube memaparkan Habibi selamba bermain dengan reptilia berbiasa itu tanpa sebarang rasa cuak atau gentar.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*