Akhirnya Hadi Dapat Juga Peluang Bentang RUU355

Share This:

Polemik mengenai Rang Undang-Undang Syariah (RUU355) sudah memasuki usia setahun. Sepanjang tempoh itu, bil persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu telah dipolitikkan oleh banyak pihak terutamanya pembangkang di mana ianya turut cuba diijadikan bahan pemancing sokongan daripada PAS untuk membolehkan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan.

Hri ini, penantian Datuk Seri Abdul hadi untuk membentangkan RUU35 ini akhirnya berakhir. Sidang Parliem kali ini menyaksikan Speaker Dewan Rakyat berjaya mengawal suasana apabila memberikan lauan buat Datuk Seri Abdul Hadi.

Namun begitu, beberapa Ahli Parlimen DAP sengaja bangun bertujuan melengah-lengahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sepatutnya membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat. Usul itu tersenarai sebagai perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini.

Ia bertujuan meminda perkataan ‘penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebii lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali’ dengan perkataan ‘penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan 100 kali sebagai mana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.

Lihat sahaja begitu busuknya hati Ahli Parlimen DAP ini. Mereka akan sedaya upaya untuk mengganggu pembentangan ini dan akan sedaya upaya menggagalkan usaha Datuk Seri Abdul Hadi dari membentangkan RUU355 ini. Ini yang dikatakan sebagai parti yang adil dan saksama kepada semua kaum dan agamaa di Malaysia?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*