500 Ahli Keluar PPBM Di Rembau, Ini Kata Mahathir Berjaya?

Share This:

Parti PPBM menerima tamparan hebat dalam politik tanah air apabila ada sebilangan besar ahli parti itu sudah mula mengumumkan bahawa mereka keluar dari parti itu.

Seramai 500 orang ahli PPBM di Bahagian Rembau buat keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati ada wujudnya amalan kronisme dalam pelantikan jawatan.

Mereka juga bengang dengan hala tujuan PPBM yang kabur kerana dilihat sibuk mementingkan kerjasama dengan DAP dan bukannya menolong rakyat.

Mereka berkumpul beramai-ramai di Pejabat Penajaan PPBM Bahagian Rembau Rabu malam untuk umum keluar parti.

Siapa yang tidak angin satu badan bila melihat orang yang tidak buat kerja dapat jawatan manakala yang giat aktif terpinggir.

Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan itu mendakwa pelbagai kepincangan wujud dalam parti berkenaan.

Beliau menyuarakan rasa tidak puashati terhadap Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Datuk Seri Mukhriz yang didakwa telah melantik kroni-kroni mereka pegang jawatan penting sedangkan mereka tidak buat kerja.

Mohd Anas beri contoh di bahagian Rembau, Haji Bakri yang merupakan kroni Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Bahagian.

“Kami berusaha menggerakkan parti ini di peringkat awal dengan keringat dan wang ringgit sendiri, selain mencurahkan masa serta tenaga untuk memastikannya berjaya.

“Tetapi kami kecewa apabila tiba waktu sepatutnya untuk melantik ketua bahagian dan jawatankuasa, kami yang bertanggungjawab memulakan gerakan ini dipinggirkan.

“Kita keluar parti berkuat kuasa malam ini, serta-merta.

“Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM Rembau lumpuh 99 peratus,” tegasnya dalam sidang media, malam tadi.

Beliau mendakwa ada kira-kira 1,000 lagi ahli di bahagian Rembau dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.

Langkah ini akan diikuti di bahagian-bahagian lain seluruh Negeri Sembilan.

Mohd Anas tidak yakin PPBM mampu menghadapi pilihan raya umum dengan keadaan seperti yang dihadapi di peringkat bahagian itu.

Katanya kumpulan mereka akan mengadakan siri jelajah di seluruh Negeri Sembilan untuk dedah kepincangan PPBM. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*