Wawa Zainal Pakai Tudung Saji Pun Lawa ?

Share This:

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selalu mendapat perhatian netizen kerana mereka merupakan antara pasangan selebriti di Malaysia yang paling romantik.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang respon Aeril di akaun twitternya.

Pada mulanya Aeril berkongsi gambar di twitter yang menunjukkan dua gambar Wawa, satu dengan memakai selendang dan satu lagi memakai tudung bawal.

Di kapsyen gambar tersebut Aeril meminta bantuan ramai untuk memilih sama ada selendang atau bawal yang paling sesuai dengan isterinya itu.

http://www.mediahiburan.my/polopoly_fs/1.654252.1491302366!/image/image.png

Sehubungan dengan twit Aeril itu, terdapat satu balasan twit daripada peminatnya yang mengatakan jika Wawa memakai tudung saji sekalipun dia akan tetap kelihatan cantik.

Disebabkan oleh balasan twit oleh peminatnya itu, Aeril memberikan respon yang sangat lucu dan telah mencuit hati netizen.

Kelihatan Aeril berkongsi gambar Wawa memakai tudung saji lalu berkata,

“Katanya pakai tudung saji pun lawa? Haha tak lawa pun #secretbywawazainal”

Tak sangka Aeril Zafrel adalah seorang yang lucu. Bertuah Wawa kerana memiliki seorang suami yang penyayang dan kelakar. Patutlah hubungan mereka selalu nampak bahagia.

Sumber: Twitter Aeril Zafrel

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*