Tok Ti Dapat Cucu, Makin Bertambah Keluarga Besar Datuk K

Share This:

Tahniah diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Muhd Jiwa yang selamat menimang cucu sulung mereka pada 31 Mac lalu.

 
 
 
Khabar bahagia itu diungkapkan menerusi akaun Instagram peribadinya selain berkongsi pengalaman  ketika berada di dalam bilik bersalin.
 
 

Foto: IG Siti Nurhaliza
 
Menurut anak tirinya, Asyraf Khalid berkata dia dan isteri, Tya Arifin memberi nama anak mereka Arif Jiwa.
 
“Nama Arif diambil daripada nama bapa isteri saya, Arifin dan Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk saya. Arwah sangat pemurah dan suka menggembirakan orang lain,” tulisnya di Instagram.
 
 

Foto: IG Asyraf Khalid
 
Arifi Jiwa dilahirkan secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang. Selain merakamkan rasa syukur, Asyraf turut memuat naik sebuah video yang menyaksikan Tya sedang berhempas-pulas melahirkan bayi mereka ditemani beberapa ahli keluarga yang tak putus-putus memberi kata-kata dorongan.
 
 
 
Agak riuh juga suasana di dalam bilik persalinan itu dengan kehadiran pasukan sorak yang terdiri daripada ahli keluarga termasuk Siti Nurhaliza sendiri. Tak gerun ke tengok orang bersalin tu? Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada keluarga besar Datuk K dan Tok Ti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*