Setelah Nora Danish Terkeluar Dari Senarai, Siapakah Janda Meletop Yang Tinggal?

Share This:

Apabila menyebut perkataan janda, ianya adalah perkataan yang amat ditakuti oleh kaum hawa. Apabila bergelar janda, seringkali masyarakat akan memandang serong. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, wanita yang bergelar janda ini tidak baleh hidup berdikari tanpa seorang suami. Begitu banyak dugaan yang mereka perlu tempuhi apabila bergelar janda. Mereka tidak pernah terlepas daripada tomahan dan fitnah daripada masyarakat.

Namun begitu, tidak semua janda hidup sengsara tanpa seorang suami. Malah ada yang dapat membuktikan mereka mampu menyara dan hidup selesa bersama anak-anak. Setelah melalui liku-liku kehidupan berumahtangga, urusan berkahwin lagi bukanlah menjadi kepentingan sebaliknya membesarkan anak-anak tersayang menjadi keutamaan. Di bawah adalah senarai artis wanita yang bergelar ‘Janda Meletop’ di tanah air.

Norish Karman, 43, mempunyai 4 orang anak pernah berkahwin dengan seorang ADUN Negeri Sembilan8. Setelah sekian lama menyepi, Norish telah menjadi pembaca berita di sebuah stesen tv tanah air. Dalam pada masa yang sama, Norish masih melibatkan diri dalam bidang lakonan dan industri seni tanah air.

Fasha Sandha, 33, telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Setelah berakhirnya perkahwinan Fasha dan Jejai, beliau bangkit semula bagi memulakan hidup baru bersama anak-anak. Rezekinya makin bertambah selepas itu, beliau dapat menjadi duta tudung dan beberapa syarikat lain.

Rita Rudaini, 41, rumahtangganya yang dibina atas dasar cina dengan Aidil Zafuan, akhirnya terpaksa dilepaskan jua dengan ketentuan Illahi. Rita kini dilihat lebih bahagian dengan kehadiran dua cahaya matanya walaupun tanpa bekas suaminya itu. Beliau juga telah membuka restoran sendiri dan masih melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Erra Fazira, 43, merupakan bekas wanita tercantik Malaysia pada tahun 1992 menjadi buruan ramai kerana paras wajahnya yang jelita serta personalitinya yang lengkap membuatkan dirinya menjadi ‘role model’ pada wanita lain. Beliau dikurniakan seorang cahaya mata dan pernah berkahwin dengan Engku Emran. Kini, beliau masih aktif dalam industri tanah air.

Siti Nordiana, 33, mempunyai sorang anak yang merupakan pengarang jantung buah hatinya ketika bersama Mohd Faizal Yusup. Beliau lebih mesra dikenali sebagai Nana telah menyinari kembali dunia seni selepas membuat persembahan siaran langsung dengan menyanyikan lagu Hindustan ‘Janam Janam’. Selain aktif dalam bidang nyanyian, beliau juga bakal mengeluarkan produk gincu bibirnya sendiri yang diberi nama SND Lipstick dalam waktu terdekat.

Maya Karin, 38, adalah antara personaliti yang kelihatan persis anak dara sunti pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun dari Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah. Kini, Maya kembali aktif dalam bidang lakonan dan beliau akan membintangi salah satu watak dalam Munafik 2.

Elly Mazlein,37, mengharungi detik getir apabila Elly diceraikan semasa mengandungkan anak pertamanya. Walau bagaimanapun, dengan sokongan keluarga dan para peminat, Elly dapat bangkit semula. Kini, Elly bahagia hidup bersama anaknya dan Elly juga telah menjadi duta untuk satu produk kecantikan.

Jasmin Hamid, 44, adalah pelakon yang selalu memegang watak Datin dalam drama yang dilakonkannya juga masih solo. Kini, hidupnya gembira ditemani 3 orang mata hatinya. Walaupun membesarkan anak-anak sendiri, Jasmin bahagia dengan hidupnya sekarang dan Jasmin juga masih aktif dalam dunia lakonan.

Dato Vida, 45, juga dikenali dengan nama Dato Seri Dr Hajjah Hasmiza Othman, baru-baru ini telah menamatkan perkahwinannya dengan Fairuz Ahmad. Ianya merupakan perkahwinan ketiga bagi Datuk Vida. Kini, beliau masih dalam proses edah. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur dan gembira masih dapat bersama 2 orang anaknya. Perniagaan beliau juga sudah semakin maju dan tidak lama lagi beliau akan membuka butik perhiasan berlian. Semoga Dato Vida tabah mengharungi dugaan ini.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Setelah Nora Danish Terkeluar Dari Senarai, Siapakah Janda Meletop Yang Tinggal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*