PMSP Sedia Jadi Penganjur Debat Lim Kit Siang Dan Tunku Abdul Aziz

Share This:

Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menawarkan diri secara rasmi untuk menjadi penganjur wacana debat terbuka antara Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan bekas pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Presidennya Ramesh Rao berkata, badan itu bersedia menyediakan segalanya untuk memastikan program wacana yang bakal menjadi tumpuan rakyat dan media itu berjaya dan berjalan dengan lancar.

Semalam, Tunku Abdul Aziz mencabar Kit Siang berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti yang banyak didominasi kaum Cina itu.

Dalam satu sidang media, beliau yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, mengemukakan cabaran itu berhubung keputusan Kit Siang melantik orang Melayu untuk menduduki kerusi Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Kita bersedia menyediakan tempat dan segala kemudahan untuk debat ini berlangsung kerana kita mahu memberi peluang kepada dua ikon pemimpin ini berdebat di atas pentas terbuka mengemukakan fakta kepada rakyat dan para pemerhati,” kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, berkenaan format debat berkenaan, ia boleh dibincangkan bersama Tunku Abdul Aziz dan Kit Siang jika mereka berdua bersetuju untuk berdebat.

Ramesh berkata, beliau amat bersimpati dengan Kit Siang apabila pemimpin DAP itu tidak ada platform untuk mengemukakan fakta berkaitan dasar dan cara geraka kerja parti dalam DAP kepada orang ramai.

“Jadi, kita sedia jadi penganjur dan sediakan pentas untuk Kit Siang cerita berkenaan parti DAP dalam bentuk fakta dan bukti,” katanya.

Dalam kenyataan berkenaan, debat itu bakal menjadi tumpuan hangat kerana suasana politik di Malaysia memperlihatkan sifat ingin tahu orang ramai apakah sebenarnya yang terkandung di dalam parti DAP.

Dalam kenyataan Tunku Abdul Aziz, permainan politik Kit Siang adalah sebagai muslihat untuk memperdayakan pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan menerajui tampuk kuasa dan kekal mentadbir negara ini jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya tahu Kit Siang yang kononnya memperjuangkan demokrasi cuma sentiasa mencari jalan untuk menafikan hakikat bahawa dia adalah seorang diktator dan hipokrit.

“DAP akan terus memerintah dan kekalkan pemerintahan secara diktator. Oleh itu, saya mencabar Kit Siang untuk berdebat mengenainya,” katanya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “PMSP Sedia Jadi Penganjur Debat Lim Kit Siang Dan Tunku Abdul Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*