Pekerja PosLaju Terkejut Jumpa “Jenglot” Dalam Kiriman Bungkusan

Share This:

SERAM! Pekerja Pos Laju Malaysia terkejut besar apabila mendapati salah satu dari kiriman bungkusan secara tiba-tiba bergerak.

Video dan gambar kejadian itu mula hangat diperkatakan di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Mohd Zaidi Bin Desa empat jam lalu.






Difahamkan, selepas mendapati bungkusan itu bergerak-gerak, pekerja pos itu mengambil keputusan untuk membukanya kerana curiga sesuatu yang “bernyawa” berada di dalam bungkusan tersebut.


Alangkah terkejut bukan kepalang apabila bungkusan yang dibuka itu terdapat makhluk misteri yang dikenali oleh masyarakat Melayu sebagai Jenglot.


Berikut adalah antara reaksi dari netizen mengenai video dan gambar seram ini.




Untuk info, Jenglot merupakan makhluk berbentuk seperti manusia kecil, berambut panjang dan dipercayai dari golongan jin. Makhluk menyeramkan ini dikatakan”hidup” dan memiliki kuasa sakti yang tersembunyi. .


Jenglot mula dikenali sejak zaman nenek moyang kita dahulu dan hingga saat ini ada yang masih percaya makhluk ini juga boleh membawa malapetaka. Jadi tidak hairanlah di zaman serba canggih ini masih ada lagi yang menyimpan Jenglot untuk tujuan tertentu.


Apa pun, sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali melakukan amalan syirik dan khurafat kerana perbuatan itu akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Comments

comments

One thought on “Pekerja PosLaju Terkejut Jumpa “Jenglot” Dalam Kiriman Bungkusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*