Pakatan Harapan : Siapa Pengerusi Rasmi Sebenar Mereka?

Share This:

Pakatan Harapan (PH) pembangkang di Malaysia mempunyai susun atur carta organisasi yang mungkin paling pelik di dunia kerana dia tidak diketuai oleh seorang Pengerusi sebaliknya hanya meletakkan dua orang Penasihat sahaja.

Pakatan parti DAP, PAN, PKR dan PPBM itu meletakkan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Jawatankuasa Protem PH yang diputuskan dalam mesyuarat pakatan itu baru-baru ini.

Di bawah mereka sepatutnya ialah Pengerusi PH dan Timbalan Pengerusi PH yang jelas masih kosong kerana tidak diumumkan pun siapakah mereka.

Kalau diikutkan, sepatutnya Pengerusi PH ialah Wan Azizah kerana beliau merupakan Ketua Pembangkang tetapi itu tidak bagi kerjasama politik dalam PH.

Selepas itu, baru muncul Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, iaitu bekas Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah.

Kemudian ia akan terbahagi pula kepada pemimpin-pemimpin parti yang berjumlah 18 orang dari parti anggota diketuai Presiden masing-masing, Presien PAN, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika di dalam mana-mana organisasi lain di dunia ini, nama Ketua atau Pengerusi untuk mengetuai sesuatu organisasi akan dipaparkan dengan jelas carta organisasi bagi memberikan maklumat kepada orang ramai siapa yang mengepalai organisasi itu.

Entah kenapa, PH begitu berahsia bab siapa yang mengetuai pakatan berkenaan.

Jika sesuatu organisasi berkenaan ada agenda tersembunyi sahaja biasanya ia akan membuat perkara itu untuk merahsiakan siapa ketua mereka yang sebenar.

Orang ramai tahu dengan jelas kini bahawa Lim Kit Siang sebenarnya adalah ibarat Pengerusi PH dan Lim Guan Eng adalah Timbalannya.

Pada 29 Mac lepas, Guan Eng dengan angkuhnya membidas kenyataan bahawa Mahathir dan Wan Azizah adalah Penasihat kepada pakatan itu.

Menurut beliau, PH tidak pernah melantik kedua-dua pemimpin itu sebagai penasihat PH.

“Mereka dua watak utama. Masih terlalu awal untuk buat apa-apa kenyataan kerana jawatankuasa penaja belum melantik pemegang jawatan.

“Keputusan dan kedudukan akan diputuskan dalam mesyuarat akan datangBagaimanapun Tun Mahathir dan Wan Azizah boleh membantu kita set semula politik negara,” katanya.

Hanya ketua sebenar sahaja yang mengambil langkah seperti Guan Eng apabila tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dalam PH.

Setakat ini, parti-parti lain di dalam PH memang mendengar kata Guan Eng dan bapanya Kit Siang dalam pelbagai hal seakan-akan pemimpin DAP itu mempunyai kuasa veto dalam PH. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Pakatan Harapan : Siapa Pengerusi Rasmi Sebenar Mereka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*