Muhyiddin Seperti “Persona Non Grata” Di Dalam PPBM

Share This:

Beliau adalah antara individu yang cukup kuat menentang Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau jugalah antara individu yang menggerakkan kempen menentang kepimpinan tertinggi UMNO demi ketaksubannya terhadap Tun Dr Mahathir. Beliau adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sepanjang penentangannya, kemana sahaja Mahathir pergi, beliau pasti akan turut serta. Malah, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mendaftarkan PPBM ke R.O.S dan seterusnya dilantik sebagai Presiden pertama parti berkenaan. Boleh dikatakan, beliau adalah orang kanan bagi Mahathir bagi menghidupkan PPBM.

Semua di atas adalah kisah yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Namun memasuki tahun 2017, segala-galanya seolah-olah menongkah arus. Jika dahulu, dia diangkat sebagai panglima paling setia buat Mahathir oleh para penyokong PPBM dan dirinya, hari ini nasib Presiden PPBM ini dilihat tidak menentu.

Jika sebelum ini beliau cukup lantang bersuara, namun sejak akhir-akhir ini, kelibat beliau langsung tidak diperdulikan. Malah, kuasanya selaku Presiden parti termasuklah semua keputusan yang dibuat olehnya sentiasa di langkaui oleh Mahathir. Lihat sahaja bagaimana persoalan mengenai penyertaan PPBM kedalam Pakatan Harapan sewaktu Konvensyen pertama Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam tahun lalu.

Pada konvensyen berkenaan, Muhyiddin berkata, partinya perlu sedikit masa dan ruang untuk meneliti semua perkara sebelum memutuskan untuk menyertai Pakatan Harapan. Namun, sebaik sahaja Mahathir menaiki pentas untuk menyampaikan ucapannya, beliau terus berkata, PPBM akan menyertai Pakatan Harapan bermula dari tarikh konvensyen berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pentaksub Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan secara terang-terangan menolak perlantikan Muhyiddin selaku Presiden parti. Dalam satu kenyataannya, Khairuddin berkata, dia tidak akan menyertai PPBM selaku parti itu dikuasai oleh Muhyiddin Yasin.

Malah, beberapa masalah yang timbul di dalam parti berkenaan juga dikatakan wujud hasil penolakan ahli parti terhadap Muhyiddin. Keadaan ini dapa dilihat dengan jelas apabila membuat perbandingan majlis ceramah yang dibuat terhadap Mahathir dan Muhyiddin, jelas, sambutan yag diterima Mahathir jauh lebih baik berbanding Muhyiddin.

Timbul persoalan, adakah Muhyiddin masih lagi Presiden PPBM ataupun hanya boneka buat Mahathir dan kuncu-kuncunya? Jika dinilai dengan keadaan semasa, jelas sekali kelibat Muhyiddin selaku Presiden PPBM tidak ubah seperti persona non grata ataupun manusia yang tidak lagi diingini oleh parti. Nampaknya, balasan pengkhianatan yang dilakukan oleh Muhyiddin tahun lalu, semakin hari semakin diserlahkan.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Muhyiddin Seperti “Persona Non Grata” Di Dalam PPBM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*