Mahathir Pertikai Arahan Polis Sekat Debat?

Share This:

Bukan sekali tetapi dua kali pihak Polis DiRaja Malaysia telah menghalang sesi perdebatan antara Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz. Semuanya gara-gara wujud kebimbangan akan kemungkinan bakal berlaku ketegangan di lokasi yang di jadualkan berlangsungnya debat antara kedua-dua individu ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub telah menuduh pihak polis mengikut arahan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyaksikan debat berkenaan terpaksa di batalkan. Dakwaan ini nyata tidak berasas sama sekali apabila Ketua Polis Selangor sendiri mendedahkan punca kenapa permit yang diberikan kepada Sinar Harian untuk menjadi penganjur debat ini ditarik semula dalam tempoh 48 jam.

Terbaru, menerusi entri dari blog Mahathir, chedet.cc, Mahathir dilihat seolah-olah mempertikaikan arahan pihak polis yang enggan membenarkan debat berkenaan di adakan. Beliau mendakwa, pihak polis dengan sengaja menyekat debat berkenaan berlangsung dan ini adalah kali kedua pihak polis mencampuri hal ini di mana kali pertama berlaku sewaktu majlis “Nothing to Hide”, kira-kira dua tahun lalu.

Dakwa beliau lagi, tindakan polis ini bukan sahaja mengecewakan pihaknya, malah tindakan ini juga didakwa beliau sebagai hilangnya satu lagi peluang untuk Datuk Seri Mohd Najib membersihkan namanya dari sebarang tuduhan. Disamping itu juga, beliau turut menuduh Malaysia hari ini sudah menjadi negara polis sehingga membelakangkan hak demokrasi sebenar-benarnya.

Timbul persoalan, adakah kali ini Mahathir mempertikaikan arahan pihak polis untuk membatalkan debat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini? Sudah dijelaskan sebelum ini bahawa pihak polis telah menimbang segala kemungkinan termasuk 18 laporan polis berhubung debat ini. Ianya dilakukan tanpa mendapat arahan dari sesiapa termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, agak menghairankan, kenapa Mahathir beriya-ia benar menuduh pihak polis yang sengaja merosakkan segala program yang telah diatur oleh Sinar Harian bagi memastikan debat ini berlangsung. Sepatutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau harus akur kepada arahan dari pihak berkuasa kerana dibahu merekalah terletaknya tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian, Datuk Seri Mohd Najib tidak memerlukan sebarang debat berlangsung untuk membersihkan namanya. Hari ini, segala tuduhan jahat dan liar pembangkang terhadap dirinya telah terjawab dengan sendirinya. Samada dari isu 1MDB, derma RM 2.6 bilion dan banyak lagi telah tersingkap segala kebenarannya. Justeru, untuk apa debat ini diadakan hanya semata-mata mahu membersihkan namanya?

Comments

comments

Related Post

One thought on “Mahathir Pertikai Arahan Polis Sekat Debat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*