Leraikan Pertengkaran, 2 Pemain Bola Tampar Lelaki Kucup Bibir Di Gelanggang

Share This:

Baru-baru ini, tindakan dua pemain bola tampar lelaki dari pasukan Jepun ini yang bercium mulut sewaktu di tengah gelanggang telah mendapat perhatian ramai. Ia dianggap pelik dan seolah-olah kedua-duanya adalah pasangan gay.

Ketika itu berlangsung perlawanan antara pasukan mereka Toyoda dan Sun Yamagata.

Disebabkan ketegangan yang berlaku, kedua-duanya iaitu Takuya Takamatsu dan Yu Yamamoto telah bergaduh dan saling menyalahkan satu sama lain.

Takuya dan Yu bertekak selama beberapa saat sebelum ia berakhir dengan ciuman di bibir. Ciuman itu kemudiannya memecahkan ketegangan dan Yu kembali semula ke kedudukannya dalam gelanggang.

Apabila perlawanan berakhir, Takuya memberitahu dia sayangkan Yu seperti adik sendiri. Aksi berkenaan telah menerima reaksi positif daripada peminat dan mereka digelar sebagai ahli sukan yang terbaik sepanjang masa.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*